LIMBARUH HIJAU, Isnin- Seramai lebih dua puluh orang di kalangan wanita dan remaja penghuni Rumah Panjang Sumbiling Temburong telah menghadiri Bengkel Sengkat Kemahiran anjuran Himpunan Wanita Pusat (HAWA) di adakan Sabtu lalu, 22hb November 2008.
Bengkel tersebut merupakan salah satu daripada acara melalui Program Titian Hawa yang diadakan bagi meneruskan program tersebut yang antara lain berhasrat untuk mendekati masyarakat terutama sekali yang tinggal di kawasan pendalaman.
Mengetuai rombongan seramai hampir sepuluh orang itu ialah Ketua Himpunan Wanita Pusat Hjh Sa’emah Haji Kepli beserta beberapa orang jawatankuasa Exco Daerah Temburong termasuk Setiausahanya Dyg Safiah binti Haji Zaini.
Turut sama ialah beberapa orang di kalangan anggota Pergerakkan Puteri Pembangunan (3P) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Puter Dyg Nurnikmah Qisyina Abdullah dan juga Setiausahanya Dayangku Nurul Azadah binti Pengiran Haji Abu Bakar.
Sementara itu mengetuai peserta di rumah panjang tersebut ialah Dayang Rasiah binti Burut , Ketua Himpunan Wanita Daerah Temburong dan Dayang Lasabit.
Program tersebut merupakan susulan daripada kunjungan yang telah di adakan di Kampung Bebuluh Daerah Tutong beberapa bulan lalu.
Menerusi program tersebut Hawa Pusat telah menunjukkan cara membuat bunga yang diperbuat daripada Sabun dan juga daripada manik.
Ianya adalah untuk memberikan kemahiran kepada wanita-wanita di beberapa kawasan pendalaman dalam membuat produk yang boleh dijadikan sebagai pendapatan sampingan mereka terutama kepada mereka yang mempunyai sepenuh masa duduk di rumah bersama anak-anak.
Menerusi daripada bengkel sengkat itu wanita-wanita yang menyertainya telah berpeluang membuat sendiri bunga yang telah diajarkan dan memiliki hasil buatan tangan mereka itu untuk di simpan sendiri.
Semasa kaum wanita itu sedang tekun belajar tiba-tiba serombongan pelancung daripada Negara Jepun menghampiri meja bengkel dan begitu terpegun melihat hasil buatan yang dibuat oleh wanita-wanita di rumah panjang tersebut.
Hawa Pusat juga telah turut memberikan sedikit cenderahati hasil daripada bunga yang telah dibuat dan digubah kepada ketua rombongan pelancung itu Mr Konikawa. Beliau turut memberitahu belum pernah terlihat hasil bunga yang dibuat daripada sabun sebelumnya.
Program Titian Hawa juga merupakan salah satu kegiatan berterusan Himpunan Wanita Pusat yang melebatkan penyertaan anggota kepimpinan wanita daripada seluruh ranting dan cabang serta perhubungan setiap daerah.
Ianya antara lain bertujuan untuk mengeratkan ikatan siratulrahim di kalangan anggota Parti NDP dengan masyarakat awam selain bagi sama-sama bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain dan sebagai langkah mengenalpasti produk-produk yang boleh dihasilkan oleh kaum wanita setiap ranting sleuruh Negara.
Program Titian Hawa seterusnya dirancang akan mengunjungi anggota-anggota wanita NDP di beberapa ranting di Daerah Belait, kemudian di Tutong dan Bandar Seri Begawan serta Temburong.
|