Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Siap sedia memperingati Sang Setia

LIMBARUH HIJAU 19 NOV 2008 - KURANG dua minggu lagi berlangsungnya acara memperingati hari bersejarah Parti Pembangunan Bangsa (NDP) hampir 4 tahun lepas mengibarkan Sang Setia, bendera rasmi parti di arena politik Negara Brunei Darussalam yang lebih empat dekad tidak menyaksikan pergerakkan politik rakyat beraksi dengan aktifnya.

Sang Setia di luluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai bendera rasmi parti beberapa bulan setelah ROS meluluskan penubuhan NDP sebagai sebuah parti politik rakyat pada 31 Ogos 2005.

Penubuhan NDP yang di pelopori oleh sebilangan

besar bekas pejuang kemerdekaan angakatan 50an dan 60an dan bekas tahanan politik seperti Yasin Afandy dan Omar Tamin bukan sahaja menarik perhatian ramai malahan memeranjatkan ramai pemerhati politik luar dan dalam negeri.

Ramai yang binggung apakah benar mereka yang dulunya telah di haramkan untuk bergiat dalam pergerakkan politik kerana terlibat dalam peristiwa 8 Disember 1962 sekarang sudah di berikan lesen untuk kembali aktif mengajak rakyat berpolitik di Brunei?

Ada juga sekelompok masyarakat yang meragui akan niat baik pejuang-pejuang lama ini untuk kembali bergiat aktif di arena politik negara.

Tidak kurang juga ada yang bersikap sinis terhadap penubuhan NDP sebagai sebuah parti politik di Brunei. Mereka bertanggapan orang Brunei sudah cukup selesa menikmati udara kemerdekaan sejak 25 tahun lalu maka mereka tidak perlu untuk berpolitik. Mereka berpendapat penubuhan sebuah parti politik apatah lagi yang di pimpin oleh ahli plolitik veteran seperti Yasin Affandy, adalah tidak relevan bagi masyarakat Brunei generasi kini.

Tetapi apa yang mengherankan dan mungkin mereka gagal untuk melihatnya ialah satu persoalan kenapa KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkaih Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam merestui penubuhan NDP yang di pelopori oleh sebilangan besar pejuang-pejuang kemerdekaan lama ini jika benar ianya tidak di perlukan dan tidak relevan?

Apakah masuk akal NDP yang di pelopori oleh Yasin Affandy dan rakan-rakan seperjuangan yang dulunya di label sebagai 'pemberontak' di berikan lesen berpolitik begitu sahaja tanpa pengetahuan Baginda Sultan?

Kenapa kelahiran NDP dalam suasana negara aman dan makmur serta kehidupan rakyatnya yang selesa di persoalkan dan di pandang sinis?.

Ini mungkin kerana ramai kita yang kurang menghayati pandangan jauh Baginda Sultan.

Mungkin ramai kita gagal melihat apa yang menjadi kerisauan Baginda Sultan akan masa depan survival bangsa di era globalisasi yang sangat mencabar ini.

Mungkin juga ramai kita sudah lupa atau kurang yakin dengan keikhlasan dan kesediaan Baginda Sultan melaksanakan hasrat untuk membawa pembaharuan dalam arena politik negara sebagai persiapan menghadapi tsunami perubahan yang di bawa oleh gelombang globalisasi.

Ramai kita juga mungkin tidak dapat melihat dan menghargai keikhlasan Baginda Sultan untuk berdamai dengan sejarah dan mesej rekonsiliasi yang di bawa oleh Baginda Sultan itu.

Apa yang jelas Baginda Sultan tidak bersyak wasangka terhadap rakyat Baginda tetapi malangnya kita antara rakyat nampaknya masih meragui antara satu dengan yang lain terutama terhadap warga Brunei yang berani berkecimpung di arena politik.

Sikap kurang sihat inilah sebenarnya yang banyak menyumbang dan menjadi penghalang kemajuan NDP sepanjang hampir 4 tahun hayatnya ini. Ia juga melembabkan usaha untuk membantu Baginda Sultan melaksanakan proses pembaharuan politik yang di hasratkan.

Contohnya Sang Setia sebagai simbol NDP cintakan keharmonian, keamanan dan kedamaian sejagat, keikhlasan mendukung konsep Ketuanan Kesultanan Melayu Brunei dan sebagai simbol NDP menyokong Kerajaan KDYMM dan usaha-usaha Baginda untuk membangun negara dan membina keutuhan bangsa sudah beberapa kali menjadi mangsa sikap kurang sihat ini.

Arahan demi arahan di keluarkan melarang NDP mengibarkan Sang Setia di markas-markas Badan perhubungan peringkat daerah dan di markas-markas ranting.

Sejauh ini tidak ada sebarang alasan di berikan kenapa NDP tidak di berikan kelonggaran mengunakan bendera Sang Setia yang sudah di luluskan oleh ROS itu.

Awal tahun lepas Ketua Ranting NDP Singa Menteri di soal siasat polis kerana menaikkan bendera Sang Setia di halaman rumahnya yang di jadikan markas ranting.

Naib Presiden NDP Tutong juga menerima nasib yang sama. Majlis muzakarah ahli-ahli jawatankuasa Badan-Badan Perhubungan Se Negara yang sedang berlangsung di markas NDP Tutong pada 8 Disember 2007 yang lalu terganggu apabila polis datang tanpa di undang. Berikutnya beliau terpaksa turun naik balai untuk di soal siasat atas tuduhan mengibarkan Sang Setia di markas Badan Perhubungan NDP Tutong pada tarikh tersebut.

Hingga ke hari ini NDP hanya di benarkan mengibarkan sehelai sahaja Sang Setia di markas puast NDP di Jerudong.

NDP melihat semua ini sebagai antara cabaran yang perlu di hadapi dengan tabah dan penuh kesabaran.

Tidak sedikit pun semangat ahli-ahli NDP tergugat oleh cabaran-cabaran ini. Ahli-ahli NDP akan terus berpegang teguh dengan tekad Sang Setia.

Insya Allah 1 Disember ini ratusan ahli-ahli NDP akan berkumpul sekali lagi di perkaranagan markas pusat NDP di Jerudong untuk memperbaharui tekad dan janji ta'at setia kepada raja, bangsa dan negara. Dirgahayu Sang Setia. (MHO)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.