Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Rosak amal kerana hasad

Hasad itu berpunca dari perasaan dendam sedangkan dendam berpunca dari kemarahan yang timbul dari hati seseorang.

Hasad akan mendatangkan berbagai-bagai penyakit dan boleh menghilangkan pahala amalan seseorang.

Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sabdanya yang bermaksud: Penyakit hasad boleh memakan (pahala amal) kebaikan seperti api memakan kayu api (Riwayat Abu Daud & Ibnu Majah).

Dalam satu hadis, Baginda ada menyatakan semua penyakit yang berpunca dari hasad iaitu sabdanya bermaksud: Janganlah kamu berdengki dan jangan berputus hubungan rahim dan jangan kamu bermusuhan dan bercerai atau berpecah belah.

Hasad itu akan lahir terhadap sesuatu nikmat sekiranya perasaan tersebut ingin menghilangkannya (nikmat itu) dari saudaranya maka itulah yang dinamakan hasad dengki.

Tetapi sekiranya perasaan itu tidak ingin hilangkan nikmat tersebut dari saudaranya tetapi ingin mendapat sama sepertinya sahaja maka itu yang dinamakan ghibtah (bersaingan) dan keadaan ini tidak dilarang atau dicela malah disuruh agama sebagaimana sabdanya bermaksud: tidak harus hasad (bersaing) melainkan pada dua orang, satu mereka yang dikurniakan ilmu Quran lalu dia beramal dan mengajar dengannya dan satu lagi mereka yang dikurniakan harta kekayan lalu berinfaq untuk jalan kebaikan dengannya (Riwayat Syaikhan).

Di mana yang pertama (hasad) jelas haram dan tidak dibenarkan, dan yang kedua disuruh dan dibenarkan.

Bagi menghilangkan perasaan hasad dengki, maka perlulah seseorang itu memahami agamanya kerana hasad itu boleh membahayakan dirinya bukan saudara yang dibencinya.

Malah dengan hasad tersebut kita akan bertambah hina di sisi Allah sedangkan saudara yang kita benci dan dengki itu akan bertambah darjat dan pahalanya.

Ini kerana kebaikan kita selama ini akan dihadiahkan kepadanya mengikut kadar perasaan dengki tersebut. Dan biasanya hasad dengki ini didorong oleh sifat takbur dan ingin mengatasi saudara kita.

Sesungguhnya orang yang takbur itu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah sebagai mana sabda nabi bermaksud: tidak akan masuk syurga siapa yang ada dalam hatinya sifat takbur ini (Riwayat Bukhari dan lain-lain).

Daripada Anas ra. katanya:

Satu hari kami berada bersama Rasulullah saw lalu Baginda bersabda katanya: sekejap lagi akan muncul ikut jalan ini seorang dari ahli syurga kata Anas ra.

Sekejap muncullah seorang lelaki dari kaum Ansor yang masih basah janggutnya dari kesan wuduknya dan bila besok hari Baginda ulangi sabdanya lagi maka muncul orang yang sama.

Dan pada hari ketiga Baginda ulangi lagi perkataannya itu dan muncullah lelaki yang sama. Dan bila nabi berlalu pergi, Abdullah bin Amru ra. mengikuti lelaki tersebut dan mohon untuk bermalam di sisinya lalu dibenarkan,

Abdullah pun bermalamlah di rumah lelaki tersebut selama tiga malam dan didapatinya lelaki tersebut tidak pernah bangun berjaga dan beribadat pada malam tersebut selain bila dia beralih dari tempat tidurnya dia berzikir kepada Allah dan tak ada bangun untuk solat fajar dan tidak berkata-kata selain kebaikan sahaja.

Dan bila selesai tiga malam itu, lalu Abdullah menceritakan sabda Rasul mengenai lelaki tersebut. Dan katanya aku lihat kamu biasa sahaja dan tidak melakukan amal atau apa-apa keistiwewaan pun.

Aku ingin tahu apakah sebabnya kamu mendapat kelebihan tersebut. Maka jawab lelaki tadi: itulah apa yang kamu lihat dan tidak ada yang lain cuma aku tidak menaruh sebarang perasaan hasad dengki kepada seorang dari saudara islam, yang mendapat sebarang nikmat yang dikurniakan kepadanya (Riwayat al-Bazzar dan dikatakan sahih atas syarat Bukhari dan Muslim).

Ertinya kebersihan hati dari sebarang penyakit hati itu merupakan satu keistimewaan pada pandangan agama yang menyebabkan seseorang itu akan dimasukkan kesyurga. Wallahualam.(Dipetik dari Ruang Bicara Agama Utusan Malaysia)

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.