Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Perutusan tahniah Presiden NDP

7 NOVEMBER 2007 - PRESIDEN dan seluruh warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada calun Parti Demokrat Barack Obama atas kemenangan dalam pilihan raya Amerika Syarikat 2008 yang bersejarah di mana beliau terpilih menjadi warga kulit hitam pertama menjadi presiden AS ke 44.

Ayahnda Yasin Affandy juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh rakyat AS atas kejayaan melaksanakan hak dan tanggunjawab politik mereka dengan penuh bijaksana dalam pilihanraya yang bersejarah tersebut.

Katanya seluruh warga NDP berkongsi keyakinan dengan rakyat AS yang telah memberikan mandat kepada Barack Obama untuk memimpin negara kuasa dunia itu mengembalikan AS ke landasan yang betul terutama dalam perlaksanaan dasar luar AS.

Justeru dalam konteks ini, ujar Ayahnda Presiden NDP, seluruh warga parti berharap agar AS di bawah pentadbiran Barack Obama nanti akan mengambil inisiatif yang lebih berdiplomatik dan berhemah serta adil dalam melaksanakan dasar luarnya demi kepentingan kesejahteraan dan keamanan sejagat.

NDP, tegas Ayahnda Presiden berharap dengan pendekatan yang lebih berdiplomatik, berhemah dan adil itu, proses damai di Palestine, perang Iraq, pertikaian di Afghanistan dan persengketaan AS dengan Iran berhubung isu nuklear, contohnya, dapat di selesaikan dengan lebih berkesan demi kepentingan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah dan sejagat.

Begitu juga dengan krisis-krisis yang sedang berlaku di rantau sebelah sini seperti isu nuklear di Korea Utara, Ayahnda Yasin Affandy berharap ianya akan dapat di selesaikan dengan segera dan lebih baik lagi di bawah pentadbiran Barack Obama.

Beliau juga menyentuh mengenai kerisauan NDP berhubung proses damai antara Kerajaan Filipina yang merupakan sekutu kuat AS dengan Moro Islamic Liberation Front (MILF) yang telah terbantut.

Katanya NDP ingin melihat AS di bawah pentadbiran Barack Obama akan dapat membantu menghentikan pertumpahan darah dalam persengketaan bersenjata yang sedang berlaku antara tentera Kerajaan Filipina dengan pejuang-pejuang pembebasan Bangsa Moro di Mindanao agar proses damai yang terbantut dapat dipulihkan.

Berhubung krisis ekonomi yang sedang melanda AS dan turut menjejaskan ekonomi dunia, Ayahnda Presiden berkata NDP juga menaruh keyakinan pentadbiran Barack Obama nanti akan berjaya mengembalikan kekuatan ekonomi negaranya dan sekali gus keyakinan dunia terhadap AS.

Mengakhiri perutusannya, Ayahnda Presiden berkata NDP bersama masyarakat seluruh dunia turut melihat kemenangan Barack Obama, warga AS yang berkulit hitam pertama menjadi presiden negara kuasa dunia tersebut sebagai satu pencapaian perbatasan baharu dalam perkembangan politik AS dan ini dengan sendirinya menjanjikan masa depan yang lebih cerah kepada politik dunia.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.