Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Negara ibarat tubuh manusia perlu sentiasa sihat

Kerjasama pemimpin, rakyat pastikan kemajuan, keutuhan dapat dikecapi saban waktu

Oleh Wan Roslili Abd Majid

AL-FARABI dalam karya besarnya yang menjadi sumbangan bernilai bidang siasah, Al-Madinah al-Fadilah, menjelaskan ciri penting negara terbaik iaitu peranan pemimpin yang dilaksanakan dengan sempurna, cemerlang, akhlak serta nilai menjadi pegangan rakyat selain struktur pentadbiran utuh.

Amat menarik jika diteliti pandangan tokoh kelahiran wilayah Wasij, Turki itu yang menyamakan ciri negara terbaik dengan tubuh sihat dan sempurna anggotanya.

Menurut beliau, pemimpin negara terbaik seumpama hati yang menjadi ketua dan sentiasa membimbing anggota tubuh lain melaksanakan peranan serta tanggungjawab masing-masing.

Al-Farabi berkata, pemimpin ialah insan kamil yang bertindak sebagai ketua negara dan memimpin rakyat serta mentadbir urusan negara dengan cemerlang.

Setiap lapisan masyarakat mempunyai hubungan rapat dengan ketua negara dan menjalankan tugas masing-masing selain membantu ketua negara. Dalam hubungan itu, insan kamil dimaksudkan Al-Farabi ialah Nabi Muhammad SAW.

Beliau menjelaskan seterusnya, antara nilai yang menjadi pegangan rakyat bagi negara terbaik ialah berkhidmat setulusnya untuk negara dan saling bekerjasama serta membantu ke arah mencapai kebahagiaan.

Pada pandangan Al-Farabi, apabila masyarakat diikat dengan nilai kemasyarakatan yang asasi dan baik, hasilnya masyarakat itu melaksanakan tanggungjawab selaras nilai berkenaan. Al-Farabi juga menegaskan kerjasama perkara paling asas bagi masyarakat yang kuat dan teguh. Justeru, beliau menekankan persoalan saling membantu kerana ia kualiti ummah bagi negara terbaik.

Dengan demikian, dapat difahami maksud sempurna atau terbaik menurut al-Farabi bukan terletak pada saiz atau keadaan fizikal negara, sebaliknya kualiti ummah dalam negara.

Selain pemimpin dan rakyat, Al-Farabi turut menekankan sistem pentadbiran utuh menjamin pengurusan cemerlang negara terbaik.

Bahkan ia juga memberi kesan baik terhadap perancangan serta perkembangan dicapai negara berkenaan. Kedudukan pemimpin yang diibaratkan hati oleh Al-Farabi menjelaskan kepentingan peranan, kuasa dan pengaruh pemimpin. Hati pula ditegaskan kepentingannya oleh Nabi SAW iaitu jika ia baik maka baiklah jasad seluruhnya dan jika rosak, maka rosak jasad seluruhnya.

Begitu juga penekanan diberikan Al-Farabi berkenaan ciri pemimpin iaitu insan kamil yang menunjukkan kelayakan perlu dimiliki seseorang pemimpin adalah amat tinggi seperti yang ada pada Nabi SAW.

Justeru, setiap pemimpin yang memikul tanggungjawab kepemimpinan memiliki tanggungjawab besar lagi berat untuk mencontohi kepemimpinan Nabi SAW. Berat amanah kepemimpinan menyebabkan ia tidak harus menjadi sesuatu yang diidamkan.

Pada hari akhirat kelak, ia hanya akan menjadi kerugian dan penyesalan kecuali bagi mereka yang menerima atau mengambilnya berasaskan kelayakan lalu menunaikan apa yang menjadi tuntutan tanggungjawabnya.

Disebabkan amaran diberikan Nabi SAW, maka Khalifah Umar ibn al-Khattab menegaskan dalam ucapan selepas pelantikannya sebagai khalifah iaitu: "Tuan-tuan sekalian, aku ini hanya seorang daripada kamu. Jika tidak disebabkan cadangan khalifah Rasulullah yang tidak dapat ditolak, aku tidak akan menerima jawatan ini. Sesungguhnya Allah menguji kamu dengan pelantikanku seperti Dia mengujiku dengan memimpin kamu."

Ucapan itu jelas menunjukkan Khalifah Umar al-Khattab tidak menganggap pelantikannya sebagai penghormatan dan pengiktirafan yang diharapkan atau harus dibanggakan, sebaliknya ujian sama ada beliau akan melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab atau sebaliknya.

Beliau juga mengingatkan rakyat yang akan dipimpinnya bahawa pelantikan itu ujian bagi mereka. Justeru, beliau memberikan peluang seluas-luasnya kepada mereka untuk menegur dan menasihati dirinya andai beliau ternyata melakukan kecuaian atau kesilapan.

Keterbukaan untuk menerima apa juga teguran serta ketidakpuasan hati rakyat terhadap dirinya dan pegawai kerajaan iaitu gabenor beliau masyhur diceritakan.

Selain beramanah, memiliki kewibawaan tinggi dan kebijaksanaan, melaksanakan keadilan serta mengamalkan keterbukaan untuk menerima pandangan, ciri penting lain yang harus dimiliki pemimpin ialah sentiasa mengutamakan kepentingan dan kesatuan ummah.

Ini dicerminkan Sultan Sulaiman yang dianggap sebagai pemerintah agung Kerajaan Uthmaniyyah. Tempoh pemerintahannya yang panjang dipenuhi pencapaian hebat dalam bidang ketenteraan, sosiopolitik, ekonomi dan juga kebudayaan. Bagaimanapun, baginda terpaksa melakukan pengorbanan besar demi memastikan keutuhan kerajaan dan perpaduan Muslimin. Antaranya memecat Ketua Wazir, Ibrahim Pasha yang juga sahabat sejak zaman kanak-kanaknya.

Baginda juga terpaksa memecat ketua wazir yang dilantik kemudian iaitu Sulaiman Pasha. Begitu juga Ketua Wazir, Kara Ahmad Pasha. Selain itu, baginda memecat puteranya iaitu Mustafa pada 1553 dan Bayazit serta empat puteranya pada 1561.

Perkara yang sama turut menjadi pertimbangan dan asas tindakan Khalifah al-Hasan Ali iaitu menyatukan Muslimin dan mengelakkan pertumpahan darah daripada terus berlaku. Pada 661 Masihi, beliau mengambil keputusan berundur dan menyerahkan jawatan khalifah disandangnya hanya dalam tempoh enam bulan kepada Mu`awiyah dengan beberapa syarat tertentu.

Seperti dijelaskan Al-Farabi, rakyat turut memainkan peranan besar dalam pembinaan negara terbaik, di samping sistem pentadbiran yang cemerlang sifatnya.

Rakyat yang sentiasa menghulurkan kerjasama kepada pemimpin akan dapat membantu pemimpin melaksanakan tugas dengan sempurna.

Inilah bentuk kerjasama yang akhirnya membawa kebaikan terhadap kehidupan mereka dan juga kelangsungannya. Rakyat perlu memilih calon pemimpin yang memiliki ciri tertentu seperti digariskan al-Quran iaitu yang kekuatan, kelayakan, kemampuan serta kemahiran menjalankan tugas serta amanah. Perlu dipastikan dalam melantik individu bagi memelihara kepentingan ummah dan mentadbir negara, garis panduan ditetapkan al-Quran tidak diabaikan. (Dipetik dari Berita Harian)

 

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.