BELAIT 16 NOV 2008 - Parti Pembangunan Bangsa (NDP) akan mengadakan acara penaikkan bendera 'Sang Setia', bendera rasmi NDP sempena memperingati 'Hari Sang Setia' kali ke 3 yang lazimnya di adakan setiap 1 Disember.

Sesi muzakarah NDP Belait - Malai hassan Othman selaku Setiausaha Politik Naib Presiden NDP Belait turut menekankan betapa pentingnya seluruh anggota NDP hadir di acara memperingati Hari Sang Setia
|
Perkara ini di umumkan oleh Naib Presiden NDP Belait Awang Sulaiman Metarsad di sesi muzakarah yang berlansgung di dewan mesyauarat NDP Belait di Seria.
Sesi muzakarah telah di hadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa Badan Perhubungan Belait dan ketua-ketua ranting.
Di sesi muzakarah tersebut Naib Presiden NDP Belait meluahkan harapan agar semua ahli-ahli NDP Belait akan dapat hadir untuk sama-sama menjayakan acara gemilang tersebut.
Beliau mengingatkan semua yang hadir betapa pentingnya acara tersebut sebagai hari memperbaharui sumpah dan tekad perjuangan kita seperti yang di tuntut dalam perlembagaan parti.
Menurut Naib Presiden NDP Belait 1 Disember telah di isytiharkan oleh Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy sebagai Hari Sang Setia iaitu satu tarikh bagi NDP memperingati hari bersejarah parti memperkenalkan dan menggibarkan Sang Setia, bendera rasmi parti di bumi Brunei yang sedang melalui era baru dalam perkembangan politik negara yang sejak 45 tahun lalu telah terbantut berikutan tercetusnya peristiwa 8 Disember 1962.
"Sang Setia merupakan simbol penting yang ingin kita gambarkan kepada negara, bangsa dan raja yang kita cintai. Justeru 1 Disember ialah hari kita membaharui tekad kesediaan dan keikhlasan untuk bersama-sama sebagai rakan strategik kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Wadaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam usaha Baginda memastikan Negara Brunei berterusan menjadi sebuah negara Melayu, Islam, Beraja yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman, damai dan sejahtera serta sentiasa mendapat keampunan Allah jua", jelas Naib Presiden NDP Belait.
|