Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Mensepadukan rangkaian keupayaan usahawan PKS Melayu

LIMBARUH HIJAU 27 NOVEMBER 2008 - LEBIH 35 ahli-ahli perniagaan dari kalangan ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan juga bukan ahli telah menghadiri sesi muzakarah dengan objektif mendapatkan formula terbaik untuk mensepadukan keupayaan Peniaga Sederhana dan Kecil (PKS) Melayu di negara ini.

Sesi muzakarah berlangsung pada Isnin baru lalu di Dewan Syura Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong. Ianya di pengerusikan oleh Awang Haji Mohd. Kasim bin Haji Mohd. Safar, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi NDP.

Dr Pengiran Amir Mohd Yusof bin Pg Abbas Al-Haj, ahli Lembaga Penasihat NDP yang juga merupakan antara usahwan tempatan yang cemerlang dan berjaya telah di jemput sama untuk menjadi tetamu kehormat di sesi muzakarah tersebut.

Di sesi muzakarah tersebut hadirin banyak membincangkan isu-isu berkaitan suasana pasaran dan perniagaan di negara ini yang sering menghambat kemajuan PKS Melayu untuk terus meluru ke tahap yang lebih tinggi.

Dalam masa sama mereka juga bersetuju perlunya PKS Melayu di negara ini mengambil langkah strategik yang lebih proaktif dalam sama-sama menghadapi cabaran-cabaran di gelangang perniagaan negara yang secara menyeluruh di dominasi oleh peniaga-peniaga bukan bumiputera.

Untuk itu mereka melihat adalah menjadi kepentingan bersama untuk mereka mula mengurak langkah baru mensepadukan rangkaian keupayaan semua PKS Melayu denga kaedah yang lebih berstruktur.

Mereka meluahkan keyakinan PKS Melayu akan boleh meningkatkan kebolehan dan keupayaan secara kolektif dengan adanya usaha mensepadukan rangakain-rangkain keupayaan PKS Melayu itu nanti.

Antara cadanagan yang di lontarkan di sesi muzakarah tersebut ialah penubuhan sebuah kelab usahawan Melayu yang akan berfungsi sebagai pemudahcara usaha membawa semua PKS Melayu dalam rangkaian kerjasama yang di harapkan.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.