Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

MEMPERINGATI SANG SETIA

LIMBARUH HIJAU 18 NOV 2008 - AHLI-AHLI PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) akan berkumpul di perkarangan Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong pada pagi 1 Disember ini untuk memperingati hari ulang tahun ke 4 berkibarnya bendera rasmi NDP 'Sang Setia' di bumi Brunei Darussalam yang sedang melalui proses pembaharuan politik setelah empat dekad dalam suasana yang malap.

'Sang Setia merupakan simbol kesetiaan warga NDP kepada raja, bangsa dan negara.

Diperkenalkan 3 tahun yang lalu 'sang Setia' juga merupakan simbol kesediaan dan keikhlasan warga NDP untuk terus berperanan sebagai ‘rakan strategik’ kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam usaha baginda membawa negara kearah matlamat memastikan Brunei terus bertahan sebagai negara Melayu, Islam, Beraja serta menjadi sebuah negara 'Baldatun Thayyibatun Warabbun Ghaffur'.

Sang Setia juga adalah simbol kecintaan Partai Pembangunan dan warga nya kepada keharmonian dan kedamaian sejagat sesuai dengan visi, misi dan objektif utama parti.

Mengimbas kembali sejarah, Sang Setia digemilangkan sebagai bendera rasmi NDP di majlis pengibaran bendera pada 29hb Syawal 1426 bersamaan dengan 1hb Disember 2005 yang berlangsung di perkarangan Limbaruh Hijau, Markas NDP di Jerudong.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh lebih 400 ahli-ahli NDP, para jemputan dan tetamu-tetamu yang termasuk perwakilan dari Kedutaan-Kedutaan dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Negara Luar di Brunei.

Juga turut memberikan penghormatan dan sokongan moral kepada NDP ialah Yang Amat Mulia Pengiran Kerma Negara Pengiran Anak Haji Abdul Wahab bin Pengiran Anak Sabtu Kamaluddin yang diundang khas sebagai tetamu kehormat di majlis tersebut.

Sedikit huraian mengenai reka bentuk Sang Setia

  • Latar belakang warna hijau pucuk pisang

    Simbol kecintaan NDP dan seluruh anggota-anggotanya kepada keharmonian, keamanan dan kedamaian sejagat sesuai dengan visi, misi dan objektif utama Parti.

  • Garis kuning yang mengelilingi bendera

    Melambangkan ketulusan dan keikhlasan Parti Pembangunan dan anggota-anggotanya mendukung konsep Ketuanan Kesultanan Melayu Brunei. Dan tanpa berbelah bahagi NDP dan anggota-anggota nya akan terus menyokong Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan usaha-usaha Baginda untuk membangun negara dan membina keutuhan bangsa.
  • Logo dalam bendera

    Merupakan tulisan jawi bentuk khat dari huruf-huruf pada perkataan ‘Parti’ dan perkataan ‘Pembangunan’ (Fa Fa) yang terletak di tengah Sang Setia. Tulisan jawi bentuk khat pula dibentuk seperti setitik minyak. Ia adalah menjadi simbol kepada sumber pembangunan negara.

  • Latarbelakang bulatan hijau pucuk pisang

    Simbol kecintaan NDP dan seluruh anggota-anggotanya kepada keharmonian, keamanan dan kedamaian sejagat sesuai dengan visi, misi dan objektif utama Parti.

  • Bulatan kuning disekeliling latar berwarna hijau pucuk pisang

    Simbol kepada tekad kita yang bulat dan tulus ikhlas mendukung konsep Ketuanan Kesultanan Melayu Brunei tanpa berbelah bahagi menyokong Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan usaha-usaha Baginda untuk membangun negara dan membina keutuhan bangsa.

 

 

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.