LIMBARUH HIJAU, Rabu- Sepasang suami isteri begitu sedih dan kecewa. Anak kecil mereka yang dulunya normal bertukar menjadi seorang kanak-kanak lumpuh di lenggan sebelah kirinya secara tiba-tiba. Semua gara-gara memakan ubat salah yang telah diberikan di Kelinik Kerajaan Labi Kuala Belait bulan lalu.
Tambah mengecewakan mereka lagi ialah tindakan pihak Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait yang kurang cekap menyiasat atas kejadian tersebut.
Menurut kedua ibubapa itu doktor seperti menunding jari cuba menyalahkan orang yang memberikan ubat di kelinik berkenaan bukannya juru ubat tetapi sebenarnya hanya seorang atendan.
Persoalannya kenapa atendan hospital berani memberikan ubat kepada pesakit? Mana juru ubat di kelinik tersebut atau pakar perubatan yang bertugas?
Apa hal dengan sistem perkhidmatan perubatan di kelinik tersebut? Apakah ia tidak berfungsi lagi sehingga seorang atendan hospital pun boleh menjadi juru ubat? Mana bos atendan tersebut? Tidakakah ketua harus turut di pertanggunjawabkan?
Soalan-soalan ini perlu di jawab oleh pihak-pihak berkenaan dan penjelasan perlu di berikan sebeberapa segera selaras dengan piagam perkhidmatan awam di negara ini...itu pun jika piagam tersebut terdapat di negara ini dan sistem akauntabiliti berfungsi. Kalau tidak ada nyah lah mangsa-mangsa kecuaian dalam sistem perkhidmatan kesihatan awam di negara ini dan akan terjejas lah keyakinan rakyat terhadap kredibiliti institusi-instutusi kerajaan seperti agensi perkhidmatan kesihatan.
Sementara itu kita ikuti urutan kejadian yang di maksudkan.
Menurut Awang Nas Saruddin bin Haji Sarbini, 39 dan isterinya Dyg Norafina Afyuna penduduk Kampung Labi anak kecil mereka telah terlantar di wad 15 Hospital Suri Seri Begawan sejak dua minggu lepas setelah di dapati lumpuh di lenggan sebelah kiri akibat memakan ubat yang salah.
Awg Nas Saruddin yang bekerja sebagai Buruh di Masjid Labi memberitu lagi kejadian tersebut bermula apabila mereka pergi ke kelinik berkenaan pada 23hb Oktober setelah anak kecil mereka tidak selera makan kerana baru sembuh daripada mengalami demam.
Katanya lagi sejenis ubat cecair yang tertulis nama Sunadine Syrup (loratidine) yang disangka mereka vitamin telah diberikan dengan arah makan ubat itu sebanyak lima militer.
Setelah setengah jam memakan ubat itu anak mereka tidur selama lebih enam jam.
“Saya begitu risau melihat dia tidur memanjang lalu menyuruh isteri saya membangunkannya untuk di ganti pakaian, tiba-tiba kami rasa terperanjat mendapati lenggan sebelah kiri anak kami longlai tidak boleh digerakkannya lagi”
Pasangan itu segera membawa ke Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait kira-kira pukul 10:00 malam dan melalui pemeriksaan di hospital itu mendapati tiada sebarang masalah patah tulang dan turut memberikan jaminan kepada pasangan itu bahawa anak kecil itu akan sembuh dan kembali seperti sediakala selam 40 jam kemudian.
“Perjanjian seterusnya kami disuruh datang pada 25hb Oktober, anak kami masih lumpuh dan sejak hari itu anak kami di tahan, kemudian pada 12hb November lalu anak kami di bawa untuk pemeriksaan di Pusat Perubatan Jerudong dan keputusan daripada pusat itu mengesahkan anak kami mengalami urat saraf yang tidak berfungsi”.
Dan kelmarin 18hb November satu kenyataan diberikan oleh seorang doktor pakar paeditrik Dr Thet Thet Nwe ditujukan kepada Awang Nas Sarudin yang menyatakan bahawa anak kecil itu telah mengalami lumpuh lengan sebelah kiri tiba-tiba pada 23hb Oktober setelah memakan ubat.
Menurutnya melalui pemeriksaan X-ray yang dinamakan MRI mendapati anak itu mengalami kerosakkan di bawah bawah otak dan leher dan anak itu perlu melakukan latihan physiterapy sekali atau dua kali sehari di Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait.
Dan adalah disyorkan supaya anak kecil itu mesti berada dekat dengan ibubapanya untuk meneruskan rawatan yang disebutkan dan kenyataan itu juga mencatatkan nama penyakit yang di alami sebagai Demvelinating Mvelopathy changes of left side medulla and cervical cord.
Ekoran kejadian ini, pasangan tersebut merasakan adalah kurang selamat untuk berubat di negara sendiri, dan yang menyedihkan lagi penduduk di negara ini bukan semuanya yang mampu untuk membuat rawatan keluar negara seperti Kuala Lumpur atau Singapura terutama bagi penyakit-penyakit kronik.
Pasangan itu amat kesal, kenapa pada waktu mereka membawa anak mereka ke kelinik bukan juru ubat yang semestinya memberikan ubat tetapi cuma seorang atendan hospital. Dan apakah yang akan berlaku ke atas masa depan anak perempuan mereka yang comel itu gara-gara kesilapan ini.
Dan sekarang apa yang penting kepada mereka ialah bagaimana pihak hospital boleh bertanggungjawab untuk menyembuhkan semula anak kecil mereka itu.
“Kami sebagai rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan amat bersyukur kerana perubatan disubsidikan kepada rakyat baginda tetapi kenapakah pihak tertentu tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberikan secara amanah kepada rakyat yang memerlukan terutama sekali seperti kami yang tidak faham tentang ilmu perubatan akan penuh meyakini segala ubat yang diberikan kepada kami oleh pihak pegawai perubatan yang semestinya mereka yang berpengalaman dan berpendidikan tinggi dalam bidang perubatan” ujar Awang Nasarudin dengan sedih dan kecewa.(hsz).
|