LIMBARUH HIJAU - TIGA ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Temburong telah di anugerahkan AHLI BERJASA bagi menghargai jasa bakti mereka mengharumkan nama parti.
 |
Mereka yang menerima anugerah tersebut ialah Awang Haji Tajuddin bin Haji Umar, Setiausaha Badan Perhubungan Temburong, Dayang Rasiah Burut dan Dayang Elly Mastura Thomas.
Awang Haji Tajuddin menerima anugerah tersebut bagi menghargai jasa beliau menyelamatkan
|
seorang budak perempuan yang hampir lemas dalam kemalangan bot di Sungai Temburong yang baru lalu.
Dayang Rasiah Burut pula di berikan anugerah tersebut bagi menghargai sumbangannya kepada parti-
Bermula sebagai ahli biasa Dayang Rasiah telah aktif bergerak dan berkempen sehingga dapat membawa ramai kaum wanita menjadi ahli NDP.
 |
Dayang Rasiah memegang jawatan Ketua HAWA Temburong serta beberapa jawatan lain di peringkat daerah dan pusat
Ketua Puteri NDP Temburong pula menerima anugerah tersebut atas keberanian beliau walaupun membahaykan diri sendiri demi untuk menyelamatkan mangsa-mangsa kemalangan bot di Temburong baru lalu. |
Semasa kemalangan 19 Oct. lepas Dayang Elly telah berjaya menyelamatkan beberapa orang penumpang dari dalam boat yang hampir tenggelam walaupun beliau sendiri mendapat kecederaan.
Dayang Elly juga bergiat aktif bersama membena NDP terutama dalam usaha meramaikan ahli puteri.
Penyampaian anugerah di sempurnakan oleh Ayahnda Yasiin Affandy, Presiden NDP di majlis rumah terbuka Hari Raya yang berlangsung di markas NDP Temburong pada 9 November lalu.
Majlis juga diselajurkan dengan doa kesyukuran kepada beberapa orang ahli NDP yang terselamat dalam kemalangan boat tersebut dan penyampaian sumbangan derma kepada semua mangsa kemalangan boat termasuk beberapa orang yang bukan ahli NDP.
Turut hadir di majlis itu semua Naib Presiden dan beberapa orang ahli
|
|
Majlis Tertinggi parti.
|