LIMBARUH HIJAU 28 NOVEMBER 2008 - TINGGAL dua hari lagi acara besar memperingati hari bersejarah Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengibarkan dengan rasminya 'Sang Setia' bendera rasmi parti akan berlansgung di perkarangan Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong.
Jawatankuasa Penganjur yang di ketuai bersama oleh Awang Ahmad Timpus dan Pengiran Ismail di saat-saat akhir ini semakin sibuk membuat persiapan bagi mempastikan acara gemilang tersebut akan berjalan dengan lancarnya.

Kumpulan khas Pemuda dan Puteri NDP sedang giat berlatih bagi acara penaikkan bendera 'Sang Setia'
|
Walaupun 1 Disember ini merupakan hari Isnin dan hari berkerja, namun Jawatankuasa Penganjur menjangkakan beratus-ratus ahli parti akan hadir untuk sama-sama menjayakan majlis yang penuh bermakna kepada perjuangan NDP iaitu menyokong dan membantu KDYMM Paduka Seri baginda Sultan haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan baginda melaksanakan proses pembaharuan politik dan perkembangan demokrasi di negara ini.
'Sang Setia' telah di luluskan pemakaiannya sebagai bendera rasmi parti pada tahun 2005 beberapa bulan setelah NDP di daftarkan secara sah pada 31 Ogos 2005 oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai pergerakkan politik rakyat di negara ini.
Pada 1 Disember 2005 NDP mengadakan acara rasmi pengibaran Sang Setia. Aacara tersebut juga di selajurkan dengan pembukaan rasmi Limbaruh Hijau sebagai markas pusat pengurusan dan pentadbiran NDP peringkat negara.
Hari bersejarah tersebut menjadi lebih signifikan dengan kahadiran Yang Amat Mulia Pengiran Kerma Negara Pengiran Anak Haji Abdul Wahab bin Pengiran Anak Sabtu Kamaluddin yang merupakan ahli kerabat Di-Raja.
Kehadiran Yang Amat Mulia memberikan harapan yang tinggi kepada rakyat terutama ahli-ahli NDP untuk melihat langkah kehadapan merapatkan semula perpaduan erat dan sejati yang sedia wujud antara istana dan rakyat yang telah di jarakkan oleh elemen-elemen penjajah.
Seperti yang di janjikan, sejak penubuhannya NDP dengan penuh istiqamah dan sabar terus meluru kehadapan memfokuskan segala usaha kearah mencapai matlamat merapatkan semula jurang tersebut walaupun masih terdapat segelintir masyarakat yang masih mencurigai akan niat baik dan ikhlas NDP.
Apapun tanggapan mereka yang masih mencurigai keikhlasan NDP sehingga memandang serong akan segala tindak tanduk pergerakkan politik rakyat yang terunggul ini, NDP akan terus maju kehadapan dengan penuh istiqamah dan kesabaran.
1 Disember 2008 ini, ahli-ahli NDP akan keluar beramai-ramai dan berkumpul di perkaranagan Limbaruh Hijau untuk memperbaharui tekad dan janji setia kepada raja, bangsa dan negara.
NDP akan memperkukuhkan lagi semangat nasionalsime dan patriotisme dalam jiwa raga ahli-ahlinya pada 1 Disember 2008 ini.
Seperti yang dinyatakan oleh Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP pada 1 Disember 2005;
"‘Sang Setia’ adalah lambang ketulusan dan keikhlasan NDP dan warganya mendukung konsep Ketuanan Kesultanan Melayu Brunei dan tanpa berbelah bahagi menyokong Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan usaha-usaha baginda untuk membangun negara, dan membina keutuhan bangsa".
“Inilah tekad kita dan janji kita”.
“Perjuangan kita sebenar ialah untuk sama-sama mengambil tanggungjawab diatas landasan parti politik untuk membangun bangsa dan negara, bukannya untuk menjadi duri dalam daging atau musuh dalam selimut kepada negara dan rakyat”.
Katanya lagi apa yang telah lalu itu biarlah ia tinggal menjadi sejarah dan kita pulangkanlah kepada pakar sejarah dan cendiakawan-cendiakawan negara untuk membisaikan mana yang salah dan terfitnah.
“Mudah-mudahan dengan usaha yang ikhlas itu akan dapat membukakan jalan yang lebih luas lagi dalam usaha mengikis segala pandangan syak wasangka yang tidak sihat yang boleh membantutkan dan mematikan semangat patriotik yang tulus dan tulen”.
“Bagi Parti Pembangunan Bangsa dan seluruh warga nya, kita semua sudah bertekad untuk melihat jauh kehadapan untuk menjadi rakyat yang lebih bertanggungjawab dan yang punya semangat patriotik yang tulen dan ikhlas untuk sama-sama membangun bangsa dan negara”, tambah beliau.
|