Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Program 'Sembang Petang' kearah memperkasa keupayaan berpolitik

LIMBARUH HIJAU 14 NOVEMBER 2011: INISIATIF Biro Tugas-Tugas Khas Kajian Dasar dan Strategik memperkenalkan program 'Sembang Petang' sebagai wadah bagi ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan bukan ahli membincangkan dan membahaskan isu-isu semasa sangat dialu-alukan.

Langkah ini bertepatan dengan usaha NDP untuk memperkasa keupayaan ahli-ahli parti bukan sahaja dalam bidang ilmu politik tetapi sama penting kebolehan mendalami satu-satu isu dan menghujahkannya dengan penuh keyakinan, ujar sdra malai Hassan Othman, Timbalan Presiden merangkap Pemangku Presiden NDP.

"Program 'Sembang Petang' ini merupakan peluang untuk peserta-peserta berlatih berpidato dan seterusnya membina keyakinan diri dalam membahaskan sebarang isu semasa yang menyangkut kepentingan agama, bangsa dan negara".

"Saya berharap program ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya", tambah beliau dalam ucapan perasmian program tersebut yang berlangsung di Dewan Syura, Limbaruh Hijau pada 9 November 2011 baru lalu.
Dalam ucapannya sdra Malai Hassan Othman mengingatkan hadirin akan hasrat parti untuk menjadikan Limbaruh Hijau sebagai pusat melahirkan pemimpin-pemimpin akar umbi yang benar-benar berjiwa rakyat, berjiwa nasional dan bersemangat patriotisma yang tinggi yang bersedia berkhidmat secara langsung kepada negara bukan sahaja melalui NDP tetapi juga melalui pelantar-pelantar non-politik dibawah naungan panji-panji kerajaan.

"Harapan NDP sejak ianya ditubuhkan, antaranya ialah untuk melahirkan pemimpin-pemimpin baru keluaran Limbaruh Hijau".

Kita mahu melihat Limbaruh Hijau umpama tasek hijau yang melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber, berjiwa rakyat, berjiwa nasionalis dan bersemangat patriotisma yang tinggi", jelas sdra Malai Hassan Othman sambil menambah:

"Mantan Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman senghaja megabadikan markas NDP dengan nama Limbaruh Hijau iaitu sebuah nama yang diilhamkan dari nama Limbaruh Buntar di Subok",

Mengimbau sejarah, Limbaruh Buntar merupakan sebuah tasek yang indah yang menyimpan sejarahnya tersendiri. Air tasek Limbaruh Buntar mengalir ke Sungai Kianggeh. Sumber air Limbaruh Buntar dan juga Sungai Kianggeh pernah membasahi tubuh-tubuh ramai tokoh-tokoh pemimpin negara dan juga pejuang-pejuang bangsa tanah air. Limbaruh Buntar dan Sungai Kianggeh pada satu ketika dulu ialah tempat bergalau tokoh-tokoh seperti H.M Saleh, Allahyarham Professor Mahmud Saedon Othman, A.M Azahari, YAM Pengiran Sanggamara Diraja (Retired) Major General Pengiran Haji Ibnu Basaith, bekas Timbalan Menteri Pertahanan, YAM Pengiran Laila Kanun Diraja Pengiran Haji Bahrin, bekas Menteri Undang-undang dan YAM Pengiran Putera Negara Pengiran Haji Umar, bekas Pesuruhjaya Polis.

Tambahnya sejarah tersendiri Limbaruh Buntar tersebut memberikan inspirasi kepada kepimpinan NDP yang terdahulu untuk menjadikan markas NDP sebagai sebuah limbaruh hijau yang akan melahirkan

pemimpin-pemimpin yang berjiwa rakyat dan bersemangat patriotisma, jelas sdra Malai Hassan Othman.

Sementara itu sdra Ahmad Timpus, Ketua Biro Tugas-Tugas Khas Kajian Dasar dan Strategik selaku pengerusi majlis menjelaskan program 'Sembang Petang' pada peringkat awal ini akan diadakan pada setiap hari Rabu dua kali sebulan.

Insya Allah jika sambutan mengalakkan ianya akan didakan setiap sekali seminggu iaitu pada setiap hari Rabu dengan membawakan tajuk-tajuk perbincanagan yang relevan dengan isu semasa dan perjuangan parti".

ar pembaharuan politik
 
Presiden NDP

DIPANGKU SEMENTARA OLEH TIMBALAN PRESIDEN

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.