Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

NDP tinjau kawasan dipertikai

BANDAR SERI BEGAWAN 20 NOVEMBER 2011 – Rakyat Brunei yang masih menetap di kawasan perkampungan Brunei dalam kawasan dipertikai antara Brunei dan Limbang, Sarawak semakin gelisah berikutan inisiatif baru Kerajaan Negeri Sarawak untuk memetakan dan mengerankan tanah-tanah Hak Adat Bumiputera (Native Customary Rights) milek puak-puak asli di kawasan-kawasan terlibat.


Berkunjung kerumah salah seorang penduduk (rakyat Brunei) di Kampong Paya Karangan.
Kampong Paya Karangan terletak kurang lenih 5 kilometer dari Pos Kawalan Immigresen Limbang di Tedungan. Kampong Paya Karangan merupakan sebuah kampong yang beralamatkan Brunei.
Menurut sumber-sumber yang sahih satu sesi dialog berhubung isu tanah-tanah Hak Adat Bumiputera telah dianjurkan oleh Jabatan Tanah dan Survei Limbang pada 24 Oktober 2011 baru lalu.

Sesi dialog antara pegawai-pegawai Jabatan Tanah dan Survei Limbang dan pemilik-pemilek tanah ‘pusaka’ diadakan di Dewan Masyarakat kampong Bidang, Limbang.

Disesi tersebut pemilik-pemilek tanah adat diberikan taklimat mengenai rancangan Kerajaan Sarawak untuk mengukur dan menyukat tanah bagi Tanah Tradisi dikawasan kampong Tedungan dan sekitarnya serta keseluruhan kawasan yang berdekatan yang dianggarkan seluas 809 hektar.

Menurut sumber-sumber yang sahih, tanah-tanah yang disukat akan diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera dibawah Seksyen 6 Kanun Tanah negeri Sarawak.


Melawat Kampong Ipai yang berjiran dengan Kampong Lumpasa Brunei.
Kelmarin Timbalan Presiden merangkap Pemangku Presiden, saudara Malai Hassan Othman bersama rombongan yang terdiri dari saudara Haji Mohiddin DP Pengarah Haji Othman, Naib Presiden Brunei-Muara dan saudara Ahmad Timpus, Ketua Biro Tugas-Tugas Khas, Kajian Dasar dan Strategik telah membuat lawatan kerja ke tempat-tempat yang terlibat.

Mereka diiringi oleh saudara Mantar bin Prayam, Ketua Biro Hubungan Antara Kaum dan saudara Erin Kisar, Setiausaha Majlis Eksekutif Ranting Bebuloh.

Di sesi lawatan tersebut rombongan Pemangku Presiden NDP berkesempatan mendengarkan secara langsung isu yang dibangkitkan oleh beberapa orang rakyat Brunei yang masih menetap di Kampong Paya Karangan, Tedungan dan Kampong Ipai.

Menurut saudara Malai Hassan Othman, isu berkaitan aktiviti Jabatan Tanah dan Survei Limbang untuk mengukur dan meyukat tanah adat dikawasan dipertikai telah sampai kepengetahuan parti dua minggu lepas dan telahpun dibinacngkan di Mesyuarat Dewan Harian dan juga di mesyuarat Majlis Tertinggi minggu lepas.


Walaupun kawasan ini masih dipertikai, namun pihak berkuasa Limbang telah meletakkan papan tanda 'Selamat Datang ke Daerah Limbang, Sarawak. Kedudukan kawasan ini berjiran dengan Kampong Bebuloh, Brunei.
“Insya Allah perkara ini akan dibawa kepengatahuan pihak-pihak tertentu untuk perhatian dan tindakan sewajarnya”, jelas sdra Malai Hassan Othman.

Dalam masa sama beliau menegaskan harapan NDP agar pihak-pihak berkuasa di sebelah Sarawak akan menghormati perjanjian yang dibuat pada Mac 2009 melalui ‘Pertukaran Surat’ yang telah di tandatangani untuk penyelesaian isu sempadan Brunei dan Malaysia”.

“NDP juga berharap pihak kerajaan Brunei akan lebih telus dalam menangani isu sempadan ini yang bukan sahaja mempunyai kepentingan masa depan ekonomi negara bahkan dalam skop yang lebih luas juga turut menyentuh maruah bangsa, kedaulatan, keselamatan dan keutuhan wilayah”, tambah beliau.

 

ar pembaharuan politik
 
Presiden NDP

DIPANGKU SEMENTARA OLEH TIMBALAN PRESIDEN

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.