Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Kursus Pengenalan Pengurusan Pentadbiran Ranting

LIMBARUH HIJAU 8 MUHARRAM 1433 (4 DISEMBER 2011) - JABATAN SETIA USAHA AGONG (JASA) telah mengendalikan 'Kursus Pengenalan Pengurusan dan Pentadbiran Ranting' dalam usahanya yang berterusan untuk memantapkan lagi keberkesanan pengurusan dan pentadbiran parti di semua peringkat.


Sdra Ahmad Timpus di sesi taklimat kefahaman Perlembagaan Parti yang dipengerusikan oleh sdra Haji Kasim Sapar, MT Brunei-Muara

Kursus yang berlangsung di Dewan Syura Limbaruh Hijau, Parti Pembangunan Bangsa (NDP) pada 26 November 2011 lalu telah dimudahcara oleh sdra Haji Mohd Kasim Sapar, Ahli Majlis Tertinggi Brunei-Muara.

Peserta-peserta terdiri dari Ketua-Ketua Ranting dan Setiausaha-Setiausaha Ranting dari seluruh negara.

Dalam kursus tersebut peserta-peserta diberikan kefahaman mengenai Perlembagaan parti, sistem pengurusan dan pentadbiran parti seperti yang telah digariskan dalam Manual Pengurusan Organisasi NDP dan juga sistem pengurusan kewangan yang diamalkan NDP.

Seis taklimat kefahaman Perlembagaan NDP telah disampaikan oleh sdra Amhad Timpus, Ketua Tugas-Tugas Khas, Penyeledikkan Dasar dan Strategi.

Di sesi tersebut sdra Ahmad Timpus membincangkan visi, misi dan objektif parti, dasar, aturan dan peraturan parti serta sturktur organisasi NDP yang terdiri dari Dewan Harian (Majlis Eksekutif Pusat), Majlis Tertinggi, Lembaga Penasihat NDP, dan diperingkat daerah terdiri dari Badan Perhubungan Daerah, Cabang dan Ranting.

Sementara itu Setiausaha Agong NDP, sdra Haji Juned Ramli mentaklimatkan amalan pengurusan dan pentadbiran parti di peringkat pusat, daerah dan ranting.


SUA, sdra Haji Juned Ramli mentaklimatkan isu penubuhan ranting mengikut kehendak Perlembagaan parti

Beliau juga mentaklimatkan isu penubuhan ranting mengikut kehendak Perlembagaan parti.

Sdra Malai Hassan Othman, Timbalan Presiden merangkap Pemangku Presiden juga diundang untuk membincangkan isu kepimpinan dari sudut pandang Islam.

Di sesi tersebut sdra Malai Hassan Othman menekankan bahawa NDP merupakan sebuah pergerakkan politik yang berdakwah dalam menyumbangkan khidmat bakti kepada raja dan negara membangun ugama, bangsa dan negara. NDP juga merupakan pergerakkan dakwah yang berpolitik dalam menegakkan tuntutan ugama kepada tanggunjawab setiap muslim untuk beramal makruf nahi mungkar.


Sdra Malai Hassan Othman menekankan bahawa NDP merupakan sebuah pergerakkan politik yang berdakwah dalam menyumbangkan khidmat bakti kepada raja dan negara membangun ugama, bangsa dan negara. NDP juga merupakan pergerakkan dakwah yang berpolitik dalam menegakkan tuntutan ugama kepada tanggunjawab setiap muslim untuk beramal dan mengajak kepada makruf.
NDP, jelas beliau, berjalan atas landasan Islam dan mensesuaikan konsep kepimpinan dalam parti menurut prespektif Islam yang tidak hanya merujuk kepada pemimpin tertinggi terutama pemimpin-pemimpin negara sahaja.

Ini, tegas beliua jelas ditekankan dalam hadis Rasullulah SAW yang bermaksud Sahabat Ibnu Umar ra berkata: Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Setiap kamu adalah pemimpin, dan akan dimintai pertanggungan jawab atas kepemimpinannya. Penguasa adalah pemimpin, dan akan dimintai pertanggungan jawab atas kepemimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam rumah tangga, dan akan dimintai pertanggungan jawab atas kepemimpinanya. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya, dan akan dimintai pertanggungan jawab atas kepemimpinannya. Pembantu rumah tangga adalah pemimpin dalam menjaga harta kekayaan tuannya, dan akan dimintai pertanggungan jawab atas kepemimpinannya. Dan setiap kamu adalah pemimpin, dan akan dimintai pertanggungan jawab atas kepemimpinannya." (HR. Bukhari dan Muslim).

Seterusnya beliau menekankan NDP tidak hanya melihat kepimpinan dalam makna 'kuasa' sahaja tetapi lebih dari itu melihatnya dari sudut kepimpinan yang mementingkan pencapaian matlamat organisasi itu sendiri.

Maka dalam usaha mencapai matlamat, ia hanya boleh dicapai oleh pemimpin yang paling awal tahu serta paling awal bertindak. Perkara asas dari semua itu adalah kesedaran tentang erti kepimpinan sebagai "taklif" (amanah dan tanggungjawab), bukannya "tashrif" (kemegahan dan kebesaran), ujar beliau dalam taklimat nya mengenai pemimpin dan kepimpinan.

ar pembaharuan politik
 
Presiden NDP

DIPANGKU SEMENTARA OLEH TIMBALAN PRESIDEN

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.