Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

MIB jangan diabai dalam mengejar kemajuan

BANDAR SERI BEGAWAN, - DALAM kepantasan dan keghairahan mengejar kemajuan, segala perancangan dan pelaksanaan pendidikan hendaknya tidak akan tergelincir dari tunggak kekuatan negara, iaitu falsafah Melayu Islam Beraja.

Elemen-elemen yang terkandung dalam falsafah MIB amatlah penting dipelihara sebagai paksi negara mempersiapkan generasi berilmu, beriman dan bertakwa

Pesanan penting ini dititahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Sambutan hari Guru ke-19 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas Khamis kelmarin.

Dalam titah perutusan Hari Guru tersebut baginda menekankan peranan guru sabagai ejen yang melahirkan insan-insan inovatif yang mempunyai daya fikir yang hebat lagi tinggi serta serba boleh yang diharapkan negara untuk membawa perubahan sehingga tercapainya Wawasan Negara 2035.

Baginda juga turut melahirkan keyakinan bahawa guru seperti inilah yang negara perlukan untuk menghadapi dunia yang banyak berubah dan akan terus berubah.

"Guru pada hari ini adalah digital immigrants, manakala para pelajar pula adalah digital natives. Dalam makna, guru-guru itu perlulah bekerja lebih keras serta mendepani segala perkembangan," demikian titah baginda di Majlis Sambutan Hari Guru Ke-19 tersebut.

Baginda seterusnya menegaskan bahawa guru-guru perlu sampai kepada satu standard yang diperlukan, yang mana sudah tiba masanya negara mempunyai standard guru, yang boleh dijadikan penyukat selaku guru berkualiti, sebagaimana yang dimiliki oleh negara-negara maju yang lainnya.

"Hari ini, negara-negara maju dan membangun di seluruh dunia sentiasa memikirkan cara-cara terbaik untuk sistem pendidikan mereka, dan majoriti negara-negara tersebut telah membuat reformasi pendidikan masing-masing," titah baginda.

Negara, titah baginda juga sedang berada di landasan yang sama apabila telah membuat anjakan paradigma dalam sistem pendidikan, di mana sebagai sebuah negara walaupun kecil, kita juga tidak boleh mengasingkan diri daripada terlibat dalam arus perubahan yang menuju ke arah kemajuan itu.

Sebaliknya negara, tegas baginda, perlu terus memfokuskan perhatian dan usaha untuk mendapatkan hasil yang lebih baik serta mengorak langkah untuk menjadikannya realiti kerana baginda percaya masa tidak akan menunggu kita.

"Walau bagaimanapun, dalam kepantasan dan keghairahan kita mengejar kemajuan, beta ingin berpesan supaya segala perancangan dan pelaksanaan pendidikan itu, kita hendaknya tidaklah akan tergelincir dari tunggak kekuatan kita, iaitu falsafah Melayu Islam Beraja," tegas baginda.

Elemen-elemen yang terkandung dalam falsafah itu, titah baginda seterusnya, amatlah penting dipelihara sebagai paksi negara mempersiapkan generasi berilmu, beriman dan bertakwa.

Semua itu, di samping ia tertakluk kepada sistem pendidikan yang betul, peranan guru pada hemat baginda juga adalah paling utama dan seandainya ia diabaikan, maka sukarlah untuk mencapai sasaran-sasaran negara secara optimum.

Dalam hubungan ini, baginda sekali menekankan bahawa usaha-usaha ke arah menyediakan guru-guru yang berkualiti adalah langkah tepat dan wajar.

Menyentuh mengenai tema Sambutan Hari Guru tahun ini, 'Guru Berkualiti Teras Kecemerlangan Pendidikan', baginda berkeyakinan bahawa guru berkualiti memanglah diperlukan untuk mendidik dan memperkaya para pelajar dengan ilmu serta kemahiran melalui cara-cara penyampaian yang menarik lagi berkesan.

Sementara itu dalam titah yang sama baginda juga bertitah meluahkan rasa gembira dengan kualiti keseluruhan pendidikan negara yang telah mencapai satu kedudukan yang sangat baik di arena antarabangsa.

Pada misalnya, titah baginda, kejayaan negara melaksanakan tanggungjawab memberikan Pendidikan Untuk Semua atau Education For All (EFA) seperti mana yang terkandung di dalam EFA Global Monitoring Report 2009 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Laporan tersebut menunjukkan bahawa Negara Brunei Darussalam berada dalam kelompok negara yang mencapai High EFA Development Index (EDI) dan berada di antara negara-negara ASEAN, dan di tempat ke-36 daripada 129 negara di dunia.

Baginda seterusnya menegaskan bahawa kejayaan negara dalam melaksanakan EFA di negara ini telah memastikan penduduk negara menjadi penduduk yang berpendidikan.

"Ini, membawa negara berada di kelompok negara yang mempunyai Very High Human Development bersama-sama dengan negara-negara maju, seperti Jepun dan Amerika Syarikat," tegas baginda lagi.

Kenyataan tersebut, titah baginda, telah dimuatkan dalam Human Development Report 2009 yang disediakan oleh Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), di mana negara kita berada di tempat ke-30 di antara 182 buah negara di dunia.

Kejayaan-kejayaan tersebut, tegas baginda seterusnya bukanlah hasil usaha satu pihak sahaja, malah usaha semua pihak daripada kita dan yang pastinya sebahagian daripada pihak tersebut ialah para guru sekalian.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.