Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

‘Usah lari dari kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah’

Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my

JANGAN menginjak daripada kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pembentuk tamadun Islam sejak di Madinah hingga sekarang kerana tiada apa yang salah, malah tiada masalah dalam kerangka ilmu serta sistem sedia ada itu.

Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, berkata untuk mendepani pelbagai aliran baru, masyarakat perlu kembali kepada jati diri rantau ini yang sejak asal berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Tempat kita adalah rantau Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam akidah, cara faham fekah, bentuk peribadi manusia, interaksi antara pemimpin dan rakyat semua dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Malah, mendepani isu globalisasi, percambahan ilmu, berdepan dengan masalah yang mengganggu juga dalam kekuatan intelektual Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dengan cara itu akan timbul suasana keseragaman, kebenaran dan keharmonian terjaga,” katanya.

Beliau berkata, tidak sukar untuk memenuhi kehendak masyarakat atau perubahan hidup hari ini kerana semua boleh dilakukan berpandu kepada jati diri serta kerangka peradaban yang sudah menjadi pegangan sejak dulu.

Dr Muhammad Uthman berkata, setiap ilmu yang baru boleh dipelajari serta terbuka kepada ruang perbahasan kerana tidak semua yang diperoleh itu sesuai tetapi mana yang baik dan boleh diterima tanpa merosakkan akidah, tidak menjadi kesalahan mendalaminya.

Katanya, kata kunci yang perlu diberi penekanan ialah apakah yang datang itu sesuai, dapat diterima dan paling penting tidak mengganggu keharmonian serta ketenangan masyarakat keseluruhannya.

“Contohnya, mengetahui serta menggunakan teori quantum itu memang perlu tetapi hendaklah dijelaskan. Begitu juga dengan falsafah pasca modenisme. Persoalannya, adakah ia sesuai untuk kita di sini.

“Maknanya bukan tidak boleh membincangkan ilmu baru kerana saya juga membicarakan mengenai pelbagai bidang baru dan tidak perlu pula mengganggu kerangka ilmu serta sistem yang ada,” katanya.

Beliau berkata, golongan pemikir kontemporari hari ini jangan terlalu terkesan dengan terma digunakan bagi menggambarkan Islam atau daya intelektual kerana takut apa yang dikatakan tidak seperti gambaran sebenar.

Begitu juga dalam memahami Islam yang progresif kerana dibimbangi konsep itu tidak difahami sepenuhnya tetapi lebih kepada mencari populariti dengan memberikan hujah yang mudah diterima orang lain.

“Orang yang bercakap mengenai progresif itu tahu ke maksud perkataan berkenaan, sudah ke merujuk kepada kamus Oxford. Saya takut mereka ini terperangkap dalam apa dikatakan kenaifan intelektual. Fikiran tidak jauh dan muflis kerohanian.

“Saya hormat dengan Said Nursi yang baru muncul di Turki tetapi masih setia dengan kerangka asal. Orang Turki maju dalam kerangka asal. Kita juga begitu dengan kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita ada Bank Islam, takaful, malah sistem pendidikan kita mendapat perhatian,” katanya.

Dr Muhammad Uthman berkata, pendekatan golongan membawa aliran pemikiran kontemporari ini mudah diterima kerana mereka menyeru kepada khayalan sosial yang dibentuk media Barat dan sebaiknya dikaji susur galur asal pemikiran itu serta kesannya.

Katanya, media juga terbabit dalam menyebarkan pandangan berkenaan apabila mereka kadang-kadang mengutip ‘Syeikh’ daripada media asing seperti Reuters, Associate Press (AP), sedangkan ramai ilmuwan di negara ini mereka tidak nampak.

Menjawab soalan mengenai kecenderungan sesetengah pihak menjemput penceramah luar negara untuk menyampaikan ilmu mengenai Islam, beliau menjawab, “Ini mainan psikologi, biasalah orang lebih suka dukun luar daripada dukun kampung. Tidak semestinya dukun luar itu lebih bagus.”

Oleh itu katanya, menjadi tanggungjawab pemimpin, ulama, guru dan ibu bapa termasuk media cetak dan elektronik kembali mendidik kerangka pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah supaya masyarakat dapat hidup mengikut prinsip tamadun serta kerangka intelektual yang asal.

“Ungkapan orang tua, hidup bersendikan adat, adat bersendikan hukum, hukum bersendikan syarak, syarak bersendikan Kitabullah.

“Ramai orang tidak faham. Ertinya, perlu didik orang kita menjaga integriti budaya dan intelektual umat,” katanya. (Berita Harian)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.