Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Kerajaan Kebawah DYMM peruntukkan kawasan strategik bagi
perniagaan, perindustrian

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 November. - Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperuntukkan tanah-tanah di kawasan-kawasan yang dikenal pasti bagi tujuan perniagaan dan perindustrian ke arah mempelbagai serta menjana ekonomi negara seperti Sungai Liang, Pulau Muara Besar, Lambak Kanan dan beberapa kelompok industri di seluruh negara.

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Abdullah berkata, pengurusan tanah bagi kawasan-kawasan tersebut merupakan usaha sama beberapa agensi kerajaan seperti Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) untuk melaksanakan dasar-dasar tanah kerajaan bagi memastikan pengagihan tanah selaras dengan keperluan.

Berucap di Majlis Sambutan 100 Tahun Pentadbiran Tanah Moden dan Simposium Pentadbiran dan Pengurusan Tanah, Yang Berhormat seterusnya menegaskan bahawa di dalam meneliti dan mengagih tanah bagi keperluan-keperluan tersebut, semua pihak harus sedar bahawa keluasan negara adalah terhad dan akan kekal kepada ukuran yang ada.

“Tetapi kita harus juga mengingatkan bahawa generasi-generasi akan datang juga akan memerlukan tanah-tanah untuk kegunaan mereka. Mereka juga memerlukan tempat tinggal, tempat perusahaan, tempat perindustrian, tempat beriadah dan sebagainya. Jika kesemua tanah yang ada, kita gunakan sekarang, sudah setentunya ini akan menimbulkan masalah yang besar,” tegas Yang Berhormat di majlis yang berlangsung di Hotel Plaza Kiulap.

Yang Berhormat juga mengingatkan semua pihak agar menggunakan tanah-tanah yang ada secara efisien kerana menurut kajian Land Availability Studies yang dikendalikan oleh Jabatan Perancang, Bandar dan Desa baru-baru ini mendapati hanya tinggal lebih kurang lima peratus sahaja tanah yang ada yang boleh dimajukan di negara ini tanpa sebarang sekatan.

Yang Berhormat menambah, dasar-dasar pengagihan tanah juga harus menggambarkan situasi yang sebenar, yang mana keluasan tanah yang digunakan untuk rumah-rumah RPN dan STKRJ juga akan diselaraskan dengan memberikan tapak-tapak tanah yang bersesuaian dengan rekabentuk rumah di dalam lingkungan maksimum 0.1 ekar bagi setiap rumah dan seterusnya menggunakan kaedah-kaedah seperti pembinaan rumah-rumah bertingkat di masa akan datang.

Terdahulu dari itu dalam ucapan perasmiannya Yang Berhormat menjelaskan, tahun ini genaplah satu abad pentadbiran tanah moden dengan perlaksanaan Kanun Tanah yang mana telah mula berkuat kuasa pada tahun 1909.

Kanun Tanah, jelas Yang Berhormat merupakan asas jentera pentadbiran tanah di negara ini dan meliputi bidang kuasa yang telah diperuntukkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mana kuasa mutlak adalah diperuntukkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Majlis Mesyuarat Menteri-menteri.

Pesuruhjaya Tanah, Pengiran Abd. Wahab bin Pengiran Hassan dalam ucapan alu-aluannya antara lain menyentuh mengenai perkembangan pentadbiran tanah yang telah melalui tiga fasa penting yang bermula dengan fasa pertama iaitu era sebelum perang dunia kedua hingga tahun 1959, apabila Perlembagaan Negara Brunei Darussalam diisytiharkan.


Manakala fasa kedua pula, jelas Pengiran Abd. Wahab ialah era peralihan kuasa dari pentadbiran British ke pentadbiran Brunei dan fasa ketiga merupakan era selepas kemerdekaan iaitu era pembangunan.

Tahun 2009, genaplah 100 tahun pentadbiran tanah yang berasaskan kepada Kanun Tanah yang dikuatkuasakan pada tahun 1909 yang sekaligus telah membawa peralihan daripada pentadbiran tanah tradisi kepada pentadbiran tanah moden.

Pentadbiran tanah tradisi negara ini adalah berasaskan Hukum Kanun Brunei dengan pengamalan sistem pentadbiran tanah wilayah melalui pemilikan tanah secara Tanah Kuripan (Sungai Kuripan), Tanah Kerajaan (Sungai Kerajaan) dan Tanah Tulin (Sungai Tulin). (PELITA BRUNEI)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.