Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Kebawah DYMM prihatin
kemajuan, kesejahteraan UNISSA

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 November. - Atas keprihatinan terhadap kemajuan dan kesejahteraan pendidikan di negara ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli ke Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), di Jalan Pasar Baru, Gadong di sini.

Lawatan ini adalah yang pertama kalinya dilakukan oleh baginda sejak UNISSA ditubuhkan pada 11 Zulhijjah 1427H bersamaan 1 Januari 2007, di mana baginda sendiri menghasratkan UNISSA akan menjadi mercu tanda kegemilangan Islam di negara ini yang berperanan melahirkan para ulama dan cendekiawan yang berwibawa yang diperlukan oleh negara.

Keberangkatan tiba baginda telah dijunjung dan dialu-alukan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman; Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman; Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohd. Yusof bin Haji Awang Damit dan para pegawai kanan UNISSA.

Sempena dengan lawatan tersebut, baginda telah berkenan menerima sembah taklimat mengenai perkembangan UNISSA yang disembahkan oleh Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohd. Yusof.

Dalam sembah alu-aluan itu, beliau antara lain menjelaskan visi dan misi UNISSA antaranya ialah untuk menjadikan UNISSA, sebuah universiti Islam tulen bertaraf antarabangsa yang progresif dan dinamik dengan berteraskan Al-Qur'an dan As-Sunnah, di samping menyediakan program-program pengajian melalui kaedah-kaedah holistik, berteknologi tinggi selaras dengan perkembangan dunia masa kini.

Bagi mencapai visi dan misi itu jelasnya, UNISSA telah menghasilkan Pelan Strategik sepuluh tahun UNISSA iaitu sejajar dengan moto UNISSA yang diambil dari Surah Al-Baqarah Ayat 282 : “Dan bertakwalah kamu kepada Allah, dan Allah mengajar kamu” .

Menurut Dr. Haji Mohd. Yussof, UNISSA kini mempunyai empat fakulti yang menawarkan program-program pengajian iaitu Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam; Fakulti Usuluddin; Fakulti Syariah dan Undang-undang dan Fakuti Perniagaan dan Sains Pengurusan.

Sejak penubuhannya pada tahun 2007, UNISSA telah menerima mahasiswa dan mahasiswi seramai 413 orang termasuk 34 orang pelajar antarabangsa. Iaitu pada tahun 2007 seramai 106 orang, meningkat seramai 147 orang pada tahun 2008 dan pada tahun ini seramai 160 orang, di samping 71 orang tenaga akademik dari dalam dan luar negara, jelasnya.

Sementara bagi membantu tenaga akademik, mahasiswa dan mahasiswi dalam pengajaran dan pembelajaran, lima buah pusat dan unit telah ditubuhkan iaitu Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi’i, Pusat Pengajian Lepas Ijazah dan Penyelidikan, Unit Teknologi dan Maklumat dan Unit Teknologi Pendidikan.

Di samping itu UNISSA juga menawarkan sembilan program di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dan seterusnya tiga program dalam aliran Bahasa Inggeris iaitu Sarjana Muda Kewangan Islam, Sarjana Muda Undang-undang (LLB) dan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan.

Selain program Ijazah Sarjana Muda, tiga program di peringkat Sarjana juga telah ditawarkan iaitu Sarjana Syariah, Sarjana Usuluddin dan Sarjana Bahasa Arab. Manakala tiga program ditawarkan di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam Bidang Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab.
Dr. Haji Mohd. Yusof berkata, UNISSA juga kini telah menawarkan program Diploma Perundangan Islam dan Guaman Syar’ie bagi peguam-peguam yang ingin mendapatkan kelulusan profesional dalam bidang Syariah.

Selain itu, bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan dan memberikan pendedahan dan pengalaman yang luas kepada mahasiswa-mahasiswi UNISSA yang cemerlang, diberikan peluang belajar di luar negeri selama setahun pada tahun ketiga pengajian iaitu di bawah Program Pengajian Setahun di Luar Negeri, jelasnya.

Bagi tujuan itu, menurutnya, seramai 14 orang mahasiswa-mahasiswi telah dihantar ke beberapa buah universiti terkemuka di Timur Tengah, Malaysia dan United Kingdom.

UNISSA yang kini ditempatkan di kampus sementara di Gadong akan mempunyai kampus kekalnya sendiri apabila pembinaannya dijangka siap pada penghujung tahun 2012, di Kampung Ikas Bandung, Mukim Keriam, Daerah Tutong.

Terdahulu sebelum disembahkan taklimat mengenai UNISSA, baginda telah berkenan meninjau dengan lebih dekat Bahagian Pentadbiran dan bilik-bilik kuliah para penuntut.

Baginda juga berkenan melawat Perpustakaan UNISSA yang mempunyai kira-kira 51 ribu koleksi buku akademik dan ilmiah, seperti buku-buku syariah, undang-undang, tamadun Islam, ekonomi, perniagaan, pengajian English, penyelidikan dan lain-lain, di samping Pengkalan Data (Online Data Base). Sepanjang lawatan di perpustakaan itu, baginda berkenan menerima sembah taklimat oleh Pustakawan Kanan UNISSA, Dr. Tahira binti Haji Mohammad Shariff.

Sebelum mengakhiri lawatan, baginda berkenan beramah mesra bersama para mahasiswa dan mahasiswi UNISSA dan seterusnya berkenan bergambar kenangan bersama Ahi-ahli Majlis UNISSA. (PELITA BRUNEI)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.