LIMBARUH HIJAU 2 DISEMBER 2009 - SEMUA kenjayaan yang telah dicapai oleh Parti Pembangunan Bangsa (NDP), berperanan sebagai pelantar suara rakyat yang berwibawa dan berpengaruh dalam menyokong dan mendokong usaha KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan membangun bangsa dan negara dengan adil dan berehsan akan lenyap begitu saja jika barisan kepimpinan dan ahli-ahlinya gagal mentransformasikan gaya kepimpinan dan organisasi kepada yang lebih baik.
Ini bukan satu pilihan tetapi satu kemestian jika kita berhasrat untuk melihat NDP terus bertahan maju dan bendera 'Sang Setia' terus berkibar", tegas Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy ketika berucap di istiadat memperingati pengibaran 'Sang Setia', bendera rasmi Parti Pembangunan.
Majlis yang penuh beristiadat berlangsung di perkaranagn Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong. Majlis dianjurkan oleh Jawatankuasa Istiadat Memperingati Pengibaran Bendera Sang Setia yang dipengerusikan oleh Awang Abdullah Peter bin Abdullah Saging, Ketua Biro Keselamatan dan Kecemasan.
Hampir 300 pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli NDP dari seluruh negara menghadiri majlis tersebut walaupun ianya diadakan pada hari berkerja iaitu pada hari Selasa. Juga turut hadir untuk memberikan penghormatan dan ucap selamat di hari bersejarah dan penuh bermakna itu seramai 9 perwakilan dari kedutaan-kedutaan asing di Negara Brunei, anataranya perwakilan Kedutaan Vietnam, Laos, Indonesia, Surujanjaya Singapura, Peranchis, United Kingdom dan Jerman.
Dengan disakisakn oleh perwakilan-perwakilan dari negara-negara sahabat ini, Ayahnda Yasing Affandy dalam ucapan beliau mengingatkan barisan kepimpinan dan ahli-ahli NDP betapa masyarakat antarabagsa sentiasa menaruh minat kepada perkembangan politik di negara ini dan dalam hubungan ini NDP, yang merupakan satu-satunya pergerakkan politik yang terbesar dan aktif di Brunei, setentunya merupakan simbol reformasi politik seperti yang dihasratkan oleh Baginda Sultan.
Justeru, tegasnya, semua lapisan warga NDP tidak ada pilihan lain selain untuk terus memberikan komitmen yang jitu dalam usaha memajukan NDP kerana tanpa dedikasi dan komitmen yang tinggi ini akan boleh sahaja menjejaskan kemajuan parti.
Seterusnya, seru Presiden NDP, bersempena hari bersejarah marilah kita perbaharui tekad dan janji setia kita dengan memperbaharui komitmen untuk menterjemahkannya melalui perlaksanaan program-program dan gerak-gerak kerja yang meliputi berbagai bidang - dari bidang sosial, pedndidikkan hinggalah ke bidang politik dan ekonomi, agar apa yang kita lakukakn hari ini tidak tinggal menjadi amalan tradisi sahaja.
"Perjalanan kita masih panjang dan kita belum lagi bebas dari menghadapi berbagai rintangan yang sentiasa berada dihadapan kita".
"Dalam masa sama kita masih perlu berusaha gigih meningkatkan kesedaran dan kefahaman berpolitik dikalangan ahli-ahli NDP".
"Kita perlu terus berusaha dengan penuh kesabaran dan istiqamah mendakwahkan pegangan politik kita, visi, misi, objektif dan juga manifesto politik NDP, bukan sahaja dalam parti tetapi juga sama penting dikalangan pihak-pihak yang berkepentingan dalam perkembangan politik dan pergerakkan politik rakyat yang kita jana ini".
"Marilah kita ambil kesempatan hari ini untuk membaharui tekad menanai perjuangan parti agar semua usaha kita selama hampir lima tahun ini untuk membela nasib bangsa dan negara dengan memperjaungkan isu-isu yang menjadi kerisauan rakyat seperti isu perumahan, kemsikinan, isu sekuriti permakanan, pertanian, isu ekonomi, politik dan persempadanan tidak menjadi usaha 'angat-angat tahi ayam'.
Seterusnya Presiden NDP berharap agar perkembangan yang dicapai sejauh ini akan terus dipelihara dengan sokongan dari semua pihak terutama dikalangan elit-elit pentadbir yang setengahnya masih belum dapat menerima baik kehadiran NDP di pesada politik negara ini.
Perjuangan NDP sebenarnya ialah untuk sama-sama mengambil tanggungjawab membangun bangsa dan negara, bukannya untuk menjadi duri dalam daging atau musuh dalam selimut kepada negara dan rakyat", tegas Presiden NDP.
Bagi NDP dan seluruh warganya, kita semua bertekad untuk melihat jauh kehadapan untuk menjadi rakyat yang lebih bertanggunjawab dan yang punya semangat patriotik yang tulen dan ikhlas untuk sama-sama membangun bangsa dan negara, Insya Allah, ujar Presiden NDP.