Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Berangkat menziarahi jenazah
Allahyarham Pengiran Sura Negara

Bandar Seri Begawan 26 November 2009 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar berangkat menziarahi jenazah Yang Amat Mulia Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntassir bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaluddin Al-Haj yang telah kembali ke rahmatullah di Baitul Athirah, Beribi, Gadong.

Gambar ehsan Pelita Brunei

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bulqiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Norehsani serta kerabat-kerabat diraja yang lain.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga bersama-sama Sembahyang Sunat Jenazah yang diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

Selesai menyempurnakan Sembahyang Sunat Jenazah, baginda berserta kerabat diraja berangkat ke Kubah Makam Diraja bagi Istiadat Pengkebumian Jenazah.

Jenazah Allahyarham Yang Amat Mulia dibawa ke Kubah Makam Diraja dengan kenderaan khas yang diiringi dengan Alat-alat Kebesaran Diraja.
Ketua Hakim Mahkamah Syarie, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Haji Awang Salim membacakan Tahlil dan Doa Tahlil manakala Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin pula membacakan Talkin.

Kemudian baginda berkenan mendahului menjirus 'Ayeng Asah-asahan' di pusara Allahyarham diikuti dengan paduka-paduka adinda dan anaknda baginda.

Allahyarham Yang Amat Mulia kembali ke rahmatullah pada 8 Zulhijjah 1430 bersamaan 25 November kira-kira pukul 11.05 malam tadi ketika berusia 53 tahun.

Allahyarham Yang Amat Mulia merupakan adik ipar kepada Kebawah DYMM dan suami kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah dan telah melangsungkan perkahwinan pada 24 Zulkaedah 1400 bersamaan dengan 4 Oktober 1980 dan dikurniakan dengan empat orang cahayamata, dua daripadanya adalah putera.

Semasa hayat, atas titah Kebawah DYMM, Allahyarham Yang Amat Mulia dikurniakan gelaran Cheteria Yang Amat Mulia Pengiran Sura Negara pada 21 Mac 1981 dan salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Diraja.

Selain itu, Allahyarham pernah dikurniakan beberapa Bintang Kebesaran serta Pingat Kehormatan seperti D.K (Dato Laila Utama) pada tahun 1985 dan Pingat Peringatan Jubli Perak (Selangor) pada tahun 1987.

Allahyarham Yang Amat Mulia dilahirkan di Kampung Sumbiling Lama, Jalan Stoney pada tahun 1956. Pendidikan awal Allahyarham ialah di Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam dan kemudian meneruskan pengajian di Maktab Omar 'Ali Saifuddien. (PELITA BRUNEI)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.