Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

ACWC mempromosi, melindungi dan menghormati
hak-hak wanita dalam ASEAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 November. – Timbalan Menteri Kesihatan, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Haji Awang Hazair berkata banyak negara telah mengambil beberapa pendekatan untuk menumpukan perhatian kepada masalah mengurangkan kemiskinan di kalangan wanita.

Yang Dimuliakan berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa ASEAN Mengenai Wanita Ke-8 dan Mesyuarat Jawatankuasa ASEAN Mengenai Wanita + 3 Pertama, berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, di sini.

Antara pendekatan yang diambil jelas Yang Dimuliakan ialah meneliti semula dasar-dasar mikroekonomi dan strategi-strategi pembangunan yang mengutarakan keperluan-keperluan dan usaha wanita dalam kemiskinan.

Yang Dimuliakan seterusnya menyatakan beberapa lagi pendekatan yang dilakukan iaitu mengemas kini undang-undang dan amalan-amalan pentadbiran bagi memastikan hak-hak persamaan wanita dan akses kepada sumber ekonomi dan menyediakan wanita dengan akses kepada mekanisme-mekanisme dan institusi-institusi penyimpanan dan kredit serta menjalankan penyelidikan untuk menumpukan perhatian kepada kemiskinan wanita.

Pada platform serantau yang lebih tinggi, jelas Yang Dimuliakan, penubuhan Suruhanjaya ASEAN Mengenai Melindungi dan Mempromosi Hak-hak Wanita dan Kanak-kanak (ASEAN Commission on the Protection and Promotion of Rights of Women and Children - ACWC) merupakan langkah penting untuk memastikan pembangunan saksama bagi wanita dan kanak-kanak ke arah mempromosi, melindungi dan menghormati hak-hak wanita dalam ASEAN untuk hidup dalam aman, persamaan, adil, bermaruah dan makmur dan oleh itu membolehkan mereka menyertai dalam proses pembinaan komuniti ASEAN.

“Bagi Brunei Darussalam, kami komited terhadap pembangunan wanita dan ini tergambar dalam usaha-usaha kami ke arah aliran utama jantina dan dalam komitmen kami kepada Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), kepada Deklarasi dan Manifesto Tindakan Beijing, Deklarasi ASEAN Mengenai Kemajuan Wanita Dalam Rantau ASEAN, Deklarasi Mengenai Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita Dalam Rantau ASEAN dan Sasaran Perkembangan Milenium (MDGs), khususnya tiga sasaran MDG mengenai persamaan jantina dan memperkasa wanita,” jelas Yang Dimuliakan.

Yang Dimuliakan juga menyentuh mengenai pelaburan dalam kesihatan, di mana melalui pelaburan dalam kesihatan wanita ialah dengan memastikan akses perubatan dan penjagaan kesihatan yang mudah kepada mereka.

Sejajar dengan ini, kata Yang Dimuliakan lagi peruntukan sistem penjagaan kesihatan yang komprehensif untuk rakyat Brunei Darussalam adalah satu keutamaan bagi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Yang Dimuliakan menjelaskan akses yang termampu dan sama bagi penjagaan kesihatan terhadap wanita telah menyebabkan kesihatan baik yang menyeluruh dan kualiti hidup yang tinggi di kalangan wanita di negara ini.

“Menurut Perangkaan Kesihatan 2007, jangka hayat dianggarkan 77.8 tahun bagi wanita berbanding 75.2 tahun bagi lelaki. Kadar kematian anak damit dan kanak-kanak juga berkurangan. Kadar kematian semasa kelahiran bagi setiap 100,000 kelahiran hidup adalah 15.8. Oleh itu, Brunei Darussalam telah mencapai MDG ke-5 iaitu pengurangan kepada tiga suku bila dibandingkan kepada kadar pada 2003,” jelas Yang Dimuliakan lagi.

Yang Dimuliakan seterusnya berkata kadar kematian anak damit pula berkurangan dengan nyata dari lebih 30 kematian setiap ribu kelahiran dalam tahun 1970-an kepada kadar 7.6 setiap ribu kelahiran hidup masa kini.

“Oleh itu, negara ini juga telah mencapai MDG ke-4 bagi kesihatan kanak-kanak iaitu untuk mengurangkan kepada dua per tiga, antara 1990 dan 2015, di bawah lima kadar kematian. Angka-angka ini setanding dengan negara-negara maju dan di bawah purata dunia,” kata Yang Dimuliakan.

ACWC yang diadakan pada 2 dan 3 November merupakan salah satu usaha bagi meningkatkan dan memperkasa status wanita di arena serantau dan antarabangsa.

Mesyuarat antara lain bertujuan untuk memberikan peluang kepada negara-negara anggota ASEAN berbincang dan bertukar-tukar pendapat, maklumat, amalan terbaik dan pengalaman mengenai isu-isu wanita khususnya di rantau ASEAN.

Di samping itu, mesyuarat juga akan memberi peluang kepada negara anggota ASEAN untuk meneliti dan mengkaji semula perkembangan masing-masing terhadap pembangunan wanita di rantau ini.

Mesyuarat tahun ini bertemakan ‘Mengurangkan Kemiskinan Di Kalangan Wanita Dengan Pendekatan Berdasarkan Hak’ yang akan menyentuh isu-isu mengenai kemiskinan di kalangan wanita ASEAN dengan mengurangkannya menggunakan pendekatan melalui hak-hak wanita.

Sementara itu ACWC + 3 pula akan diadakan pada 4 November ini di tempat yang sama dan akan dihadiri oleh negara anggota ASEAN dan negara-negara + 3 iaitu Jepun, China dan Korea. (Pelita Brunei)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.