Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

1 November Hari Peladang, Petani,
Penternak dan Nelayan

TUNGKU, GADONG, Khamis, 19 November. - Setiap tarikh 1 November telah diisytiharkan sebagai Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan serta Pengusaha Pertanian bagi Negara Brunei Darussalam.

Pengisytiharan ini dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan merasmikan Ekspo Pertanian dan Agrimakanan 2009 dan Melancarkan Pembukaan Taman Agroteknologi Brunei di Kawasan Kemajuan Pertanian Tungku, di sini.

Baginda bertitah mengisytiharkan perkara ini dibuat adalah sebagai pengiktirafan terhadap usaha-usaha dan sumbangan para petani, peladang, penternak dan nelayan serta pengusaha pertanian di negara ini.

Baginda berharap dengan pengiktirafan ini para petani, pelandang, penternak dan nelayan serta pengusaha pertanian akan meneruskan usaha murni mereka membantu kerajaan dalam mempelbagaikan sumber makanan di negara ini, di samping dapat membantu diri mereka sendiri.

Di samping itu, mereka juga digalakkan untuk menyertai usaha-usaha penghijauan bumi kerana tanpa penglibatan mereka usaha-usaha kerajaan tidak akan berjaya, titah baginda.

Bertani, bercucuk tanam jamin pemakanan rakyat

Dimajlis yang sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan juga bertitah menegaskan bahawa bercucuk tanam jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh, mampu untuk menjamin pemakanan rakyat dan boleh membantu mengatasi pelbagai kesulitan, termasuk mengurangkan pengangguran.

Titah baginda, bertani dan bercucuk tanam bukanlah satu kerja lekeh, tetapi amat dipuji dan digalakkan oleh agama, kerana manfaatnya bukan untuk individu tertentu saja, malahan bagi sekalian makhluk Allah Ta'ala.

Perkara ini terkandung dalam sebuah hadis yang bermaksud "Bahawa seorang Muslim yang bertanam itu, kemudian hasil tanamannya dimakan oleh manusia, binatang dan burung, semuanya itu akan jadi sedekah baginya sehingga hari kiamat," titah baginda.

Bercucuk tanam, titah baginda, adalah suatu pekerjaan yang mulia. Lebih-lebih lagi Negara Brunei Darussalam mempunyai tanah dan iklim yang sesuai untuk pengeluaran makanan, di mana keadaan bumi dan iklim yang sangat memberangsangkan itu mampu untuk rakyat di negara ini mencari penghidupan dengan cara mengusahakan tanah dengan bercucuk tanam.

Dalam titah berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya mengajak rakyat di negara ini supaya terus-menerus bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala yang telah mengurniakan nikmat-Nya yang berupa penghidupan yang selesa dan bahagia.

Baginda bertitah, bahawa salah satu punca nikmat itu ialah bumi yang subur, yang sesuai untuk bercucuk tanam, di samping suasana dan keadaan yang aman, terlepas dari pelbagai musibah yang berat-berat, seperti bencana-bencana alam yang merosakkan bumi dan harta benda.

Titah baginda, sangat banyak bumi yang subur di dunia ini, tetapi banyak juga yang tidak dapat dimanfaatkan oleh warganya kerana terhalang oleh pelbagai kejadian atau musibah, selain ada yang memang tidak memiliki tanah dan iklim yang sesuai untuk pengeluaran makanan.

Jabatan Pertanian kini jadi Jabatan Pertanian dan Agrimakanan

Sementara itu dalam titah yang sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan seterusnya bertitah mengumumkan bahawa, Jabatan Pertanian kini menjadi Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

Perubahan ini, tegas baginda, adalah memandangkan usaha-usaha penyediaan bahan makanan adalah melibatkan secara langsung bidang pertanian.

Di samping itu, pembangunan sektor pertanian dan agrimakanan sendiri amat memerlukan peralihan dari pertanian jenis tradisi kepada pertanian berteknologi tinggi; dari pertanian jenis kecil-kecilan kepada pertanian berunsurkan komersial berskala besar dan dari jenis pertanian sambilan kepada jenis pertanian sepenuh masa, titah baginda.

Titah baginda, bidang pertanian sejak akhir-akhir ini adalah satu bidang yang amat penting dan merupakan salah satu tonggak utama dalam perekonomian negara.

Perkara ini lebih penting lagi, tegas baginda, memandangkan kepada krisis global yang berkaitan dengan perubahan iklim, di mana diburukkan lagi dengan berkurangnya kawasan-kawasan yang boleh dijadikan kawasan pertanian.

Menyentuh mengenai sejarah penubuhan Jabatan Pertanian, ia yang diwujudkan pada tahun 1932 melalui pentadbiran Dr.H.Tempany, Pengarah Pertanian Malaya merangkap Penasihat kepada Brunei Darussalam.

Pada tahun 1946, jawatan Pegawai Pertanian diwujudkan bagi urusan pertanian Negara Brunei Darussalam, yang sebelum ini ditadbirkan Kerajaan Penjajah British di Malaya, Awang Hamidon bin Awang Damit yang merupakan anak Brunei pertama dilantik memegang jawatan Pegawai Pertanian bagi tempoh 1949 hingga 1968.

Perkhidmatan Pertanian di negara ini seterusnya mendapat taraf jabatan penuh pada tahun 1968 dengan pelantikan K.G.Malet sebagai Pengarah Pertanian. Sehingga pada tahun 1980, jawatan Pengarah Pertanian disandang oleh anak Brunei iaitu Dato Paduka Hamid bin Jaafar.

Di samping itu perkembangan pertanian di negara ini mempunyai sejarah pembangunan yang membanggakan, bukan sahaja dari segi kepentingan ekonomi, tetapi juga pembangunan sosial dan budaya bangsa. (PELITA BRUNEI)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.