NDP tutup tirai perayaan bulan kemerdekaan

 
 

Memanjatkan doa kepada Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saiffudien dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah meninggalkan kita.

LIMBARUH HIJAU 15 MACH 2007: PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) dengan rasminya menutup tirai program perayaan bulan kemerdekaan pada petang 15 Mach 2007 dengan majlis khatamal al-Quran, bersembahyang maghrib berjemaah dan majlis tahlil.

Majlis diadakan di Limbaruh Hijau, markas NDP di Jerudong.

Ayahnda Presiden NDP, Yasin Affandy, Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman dan ahli-ahli Lembaga Penasihat serta ahli-ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahli NDP yang lain hadir di majlis tersebut.


Sepanjang bulan perayaan hari kemerdekaan yang bermula pada 15 Februari lalu, NDP melalui biro-biro dan jawatankuasa-jawatankuasa tertinggi telah mengungkayahkan berbagai-bagai aktiviti dan program sempena memperingati hari ulang tahun kemerdekaan Negara Brunei Darussalam.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk program pengagihan beras kepada ahli-ahli yang kurang bernasib baik melalui pejabat-pejabat perhubungan NDP di keempat-empat daerah, forum-forum ilmiah, seminar mengenai bahaya dadah dengan sokongan Biro Kawalan Narkotik, seminar kearah perpaduan nasional dan juga majlis keagamaan dan muzakarah dengan bekas-bekas pejuang kemerdekaan.

Sepanjang bulan perayaan hari kemerdekaan itu juga Biro Ugama NDP menyemarakkan markas NDP pada setiap malam dengan tilawatul al-Quran.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.