LIMBARUH HIJAU 20 APRIL 2007: PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) akan meneruskan rancangan untuk mengadakan majlis berdikir besar-besaran bagi merayakan kelahiran cucunda KDYMM Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, YTM Pengiran Muda Al Muntaqim Ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah walaupun niat awal untuk mengadakan majlis tersebut di Mesjid Jerudong tidak mendapat restu dari Jabatan Mesjid.
Cucunda YTM Pengiran Muda Al-Muntaqim telah selamat diputerakan pada pukul 3.50 petang pada 17 Mac 2007 lalu dan dijadualkan pada penghujung bulan ini majlis mandi bersiram bagi ibunda YTM akan berlangsung di Istana Nurul Iman.
Hasrat
awal NDP ialah untuk mengadakan majlis berdikir besar-besaran di Mesjid Jerudong memandangkan kesesuaian tempat untuk menampung keramaian jemputan dan jemaah yang akan dijangka ikut serta di majlis berkebajikkan tersebut.
Dalam masa yang sama NDP berhasrat untuk mengambil peluang mendidik ahli-ahli NDP dan menarik perhatain awam supaya menzahirkan kegembiraan dan kecintaan kepada zuriat Baginda.
NDP juga berharap majlis tersebut akan dapat menggambarkan kepada dunia kegembiraan rakyat atas kelahiran seorang putera raja yang bakal menjadi pemimpin anak-anak dan cucu-cucu kita dimasa akan datang sambil kita merafakan doa memohon keberkatan, keredhaan dan perlindungan Allah SWT untuk YTM cucunda KDYMM Baginda Sultan tersebut.
NDP juga berharap dengan mengadakan majlis berkebajikan tersebut di mesjid akan dapat memupuk semangat kesataun nasional dikalangan rakyat dan penduduk tanpa mengambil kira peggangan politik rakyat, untuk sama-sama menunjukkan kesetiaan kita kehadapan majlis KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan zuriat Baginda yang bakal menduduki tahta pemerintahan negara.
Bayangkan betapa kagumnya masyarakat dunia apabila melihat kegembiraan tidak sahaja tertumpu di istana dan dikalangan pembesar-pembesar istana serta golongan elit sahaja, akan tetapi seluruh rakyat sama-sama ikut bergembira dan bersyukur dengan mengadakan majlis berdikir dan doa kesyukuran yang wajar diadakan di setiap masjid, kampong, mukim dan rumah-rumah persendirian.
Malangnya hasrat NDP untuk menyumbangkan khidmat bakti untuk sama-sama menggambarkan dan meyakinkan kekukuhan semangat kesetiaan
yang tulen rakyat kehadapan majlis KDYMM dan zuriat Baginda buat masa ini nampaknya belum dapat diterima oleh sebilangan golongan elit yang berkemungkinan melihat langkah NDP itu sebagai usaha untuk mendapatkan 'political mileage' dan agar berjaya dilihat sebagai sebuah parti politik rakyat yang relvan.
Atau mungkin juga terdapat sesuatu akta yang telah 'memulaukan' rakyat dalam pertubuhan politik dari sektor petadbiran awam membuatkan pihak-pihak tertentu kurang selesa memberikan restu takut-takut dilihat sebagai memberikan sokongan kepada pertubuhan politik tambahan lagi semua mesjid di negara ini ditadbir oleh Jabatan Mesjid, wallahuwa'alam.
Walau bagaimanapun NDP tidak berkecil hati dengan langkah tidak merestui parti menggunakan mesjid awam untuk mengadakan majlis tersebut malahan memberikan kekuatan lagi kepada NDP untuk terus menunjukkan kesetiaan yang tulen kehadapan majlis KDYMM Baginda Sultan dan zuriat Baginda seperti yang telah dijanjikan NDP dalam perlembagaan parti.
Majlis berdikir beramai-ramai akan diteruskan dan dijadualkan akan diadakan di Limbaruh Hijau, Markas Pusat NDP di Jerudong pada penghujung buan ini, Insya Allah. (MHO)