Sementara itu, sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP selaku pengerusi mesyuarat bulanan MT menjelaskan penubuhan Jawatankuasa Pemandu (Steering Committee) perlu dilaksanakan secepat mungkin untuk merencanakan perjalanan kongres akan datang.
Dalam perkembangan lain mesyuarat MT juga turut membincangkan isu semasa berkaitan dengan pejalanan parti seperti semangat perlaksanaan peraturan-peraturan negara yang bercanggah dengan kehendak pembaharuan politik yang dihasratkan dan dipelopori oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku Perdana Menteri.
Berhubung perkara ini sdra Morshidi mencadangkan agar sebuah jawatankuasa khas dibentuk untuk menyelidiki perkara ini, mengumpul dan meyusun maklmat-maklumat untuk diusulkan di kongres agong yang akan datang.
"Matlamat kita ialah untuk memastikan peraturan-peraturan mengawal perjalanan pertubuhan-pertubuhan politik dilaksanakan dengan telus dan perlaksanaan peraturan-peratuan negara tidak bercanggah dengan semangat pembaharuan politik yang dihasratkan", tegas sdra Morshidi.
|