NDP teruskan usaha bantu majukan industri padi

 
 
LIMBARUH HIJAU NOVEMBER 22, 2006: PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) melalui Biro Pertanian dan Industri Asas Tani meneruskan lagi usaha membantu Kerajaan memajukan bidang pertanian di negara in khusunya dibidang perusahaan tanaman padi.

Baru-baru ini serombongan ahli-ahli Biro Pertanian dan Industri Asas Tani NDP diketuai oleh Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman membuat lawatan kerja kebeberapa tapak pertanian dan perusahaan sawah padi di Mukim Labi untuk melihat secara dekat kemajuan beberapa orang pengusaha-pengusaha di Mukim tersebut.

Antara kawasan yang dilawati ialah perusahaan sawah padi di Kampong Malayan yang diusahakan oleh orang-orang Iban di rumah panjang Kampong Malayan.

Disesi lawatan itu, Biro Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil kesempatan memperkenalkan beinh padi Marhani kepada pengusaha dikawasan tersebut.

Awang Mahmud Shahrani Othman menyampaikan benih padi Marhani kepada salah seorang pengusaha di Kampong Malayan.

Benih-benih padi tersebut disampaikan oleh sdra Morshidi, Haji Matzin Saleh, Ketua Biro Pertanian dan Industri Asas Tani serta oleh wakil-wakil biro yang lain kepada beberapa orang pengusaha sawah padi di Kampong Malayan.

Menurut Awang Ajop, Ketua Rumah Panjang Kampong Malayan, rata-rata pengusaha-pengusaha sawah padi di kampong tersebut adalah peserta skim pembelian balik padi yang ditadbir oleh Jabatan Pertanian, Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama.

Awang Ajop merakamkan ucapan terima kasih atas inisiatf yang diambil oleh NDP untuk memudahkan mereka mempertingkatkan lagi hasil pengeluaran sawah mereka.

Benih padi Marhani yang diperkenalkan boleh boleh dituai selepas 120 hari ditanam dengan mengikut cara penanaman dan penjagaan yang teratur.

Sejauh ini Biro Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengaih-agihkan banyak benih-benih tersbut secara percuma kepada beberapa pengusaha di Temburong, Tutong dan Brunei-Muara dan dibeberapa kawasan sudah menampakkan hasil yang menggalakkan. .



Kanan: Sdra Morshidi menyampaikan benih beras kepadaAwang Ajop, Ketua Rumah Panjang Kg Malayan.


Kiri: Awang Hj Matzin menyampaikan benih kepada salah seorang pengusaha padi di Kg Malayan

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.