NDP terus berkembang

 
 
LIMBARUH HIJAU 05 MACH 2007: Parti Pembangunan Bangsa (NDP) terus berkembang sejak ianya ditubuhkan lebih setahun lalu bukan sahaja dari aspek pertumbuhan bilangan keahliannya akan tetapi dari aspek menampung keperluan kemudahan pejabat bagi melicinkan lagi perjalanan parti yang semakin membesar.

Menurut catatan terkini, hingga ke hari ini bilangan keahlian NDP sudah mencapai hampir 2,000 orang dengan Daerah Belait masih mendahului jumlah keramaian ahli diikuti oleh Brunei-Muara, Tutong dan Temburong.

Pertumbuhan pesat ini juga menyaksikan pertumbuhan ranting-ranting dan biro-biro dmana dalam masa yang sama memerlukan parti mempunyai bagunan pejabat yang lebih luas dan selesa.


Pekerja sedang meninjau perkembangan pembinaan pejabat Perhubungan NDP Brunei_Muara
Justeru dengan komitmen yang tinggi untuk terus memajukan parti, beberapa orang pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli NDP Daerah Brunei Muara telah bermurah hati untuk menaja projek membesarkan markas NDP di Limbaruh Hijau Jerudong.

Disebelah belakang bangunan asal markas, pembinaan sebuah bagunan annex untuk kegunaan JK Perhubungan NDP Daerah Brunei-Muara sudah siap dilaksanakan dan akan mula diguanakan dalam sedikit masa lagi.
Sementara itu disebelah kanan bangunan asal markas, kerja-kerja sedang dijalankan untuk membina satu lagi bangunan annex untuk kegunaan Biro Pertanian dan Industri Asas Tani (PIAT), satu-satunya biro dalam NDP yang paling aktif dengan kegiatan-kegiatan kemajuan pertanian dan industri asas tani.

Projek membina pejabat PIAT ini juga ditaja oleh beberapa orang pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli NDP yang bermurah hati membekalkan bahan-bahan pembinaan dan menaja upah membina pejabat tersebut yang dijangka akan siap dalam beberapa hari lagi.


Pejabat baru PIAT sedang dalam pembinaan

Kedua-dua projek yang diungkayahkan ini, yang jelas dipengaruhi oleh pertumbuhan pesat keahlian NDP, juga memberikan gambaran betapa kesedaran berpolitik di negara ini sudah semakin meningkat.

Penyakit 'phobia' kepada politik jelas sudah semakin terhakis dari jiwa ramai ahli-ahli NDP dan juga mereka-mereka yan bercita-cita untuk menjadi ahli-ahli NDP yang sudah sedar bahawa kemerdekaan negara tidak akan lengkap selagi rakyatnya belum dapat memerdekakan jiwa raga mereka dari belenggu 'phobia' dan ketakutan berpolitik yang telah senghaja ditanamkan dalam fikiran rakyat oleh kuasa penjajah dimasa silam dan malangnya sekarang masih lagi diteruskan oleh sebilangan masyarakat untuk menakut-nakutkan dan meracuni fikiran rakyat agar terus lena dengan pandangan bahawa berpolitik tidak perlu dan membuang masa sahaja.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.