Walaupun usianya sudah melimpasi 80 tahun namun semangat perjuangannya masih membakar-bakar dan ini merupakan satu cabaran bagi pemimpin-pemimpin yang jauh lebih muda dari beliau.
Apa tidaknya sebaik sahaja selesai kongres agung, ahli-ahli Majlis Tertinggi yang terpilih yang sudah bersiap-siap untuk bersurai telah digiring pula oleh ayahnda Yasin Affandy ke bilik mesyuarat untuk mengadakan mesyuarat pertama MT.
|
|
Presiden NDP Ayahnda Yasin Affandy
|
Inisiatif yang diambil ini bersesuaian dengan seruan yang sering ayahnda Presiden dan juga Timbalan Presiden laung-laungkan iaitu semua yang masuk jadi ahli NDP mestilah bersedia untuk berkerja menggerakkan parti dan bukan menjadi ahli untuk mengejar jawatan dan mencari glamour sahaja.
Di mesyuarat yang berlangsung selama lebih kurang tiga jam itu, ahli-ahli MT sebulat suara mengesahkan perlantikan ayahnda Yasin Affandy selaku Presiden dan saudara Mahmud Morshidi Othman selaku Timbalan Presiden. Ahli-ahli MT juga mengesahkan perlantikan Awang Haji Umar bin Awang Tamin selaku Naib Presiden NDP Daerah Brunei Muara, Awang Sulaiman Metarshad selaku Naib Presiden NDP Belait, Awang Haji Hanafi bin Mohd Daud selaku Naib Presiden NDP Tutong dan Awang Ahmad Haji Timpus selaku Naib Presiden NDP Temburong bagi sesi 2006 hingga 2009.
Mesyuarat juga bersetuju melantik semula Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, ahli MT dari Tutong untuk menjawat jawatan Setiausaha Agung NDP dan Awang Hj Mohiddin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, ahli MT dari Brunei Muara pula selaku Timbalan Setiausaha Agung bagi sesi 2006 hingga 2009.
|
|
Barisan ahli-ahli Majls Tertinggi NDP bagi sesi 2006-2009
|
Juga dilantik di mesyuarat pertama MT itu ialah Awang Haji Khalid bin Haji Ghazali selaku Bendahari Agung manakala pengeshan juga dibuat bagi Dayang Hajah Saemah Haji Zulkefli yang terpilih menjawat jawatan Ketua Himpunan Wanita, Awang Shahfeei Simpon yang terpilih selaku Ketua Himpunan Pemuda dan Awang Serudin Pungut selaku Ketua Himpunan Non Musim.
Ahli-ahli MT yang lain yang terpilih dan disahkan di mesyuarat pertama itu terdiri dari Pengiran Haji Badaruddin bin Pengiran Haji Damit, Awang Haji Shamsudin bin Haji Ahim, Awang Haji Damit bin Awang Chuchu, Awang Haji Matzin bin Haji Salleh, Awang Haji Antin bin Ahad, Pengiran Shahminan bin Pengiran Haji Ismail, Dayang Hajah Rayah binti Md Ali, Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Said, Mejar (B) Haji Mohd Daud bin Haji Jamil, Awang Haji Wan Mohd Zin bin Tungku Ali, Haji Awang Ibahim bin Haji Abdullah, Sheikh Khalid bin Sheikh Nikman, Awang Aji bin Haji Omar Ali, Awang Haji Mohammad Salleh bin Ali Akbar, Awang Haji Muhd Yunus bin Haji Muhd Suhaili dan Awang Abdul Halim bin Haji Jumat.
Ahli-ahli MT dimesyuarat yang dipengerusikan oleh sdra Morshidi, Timbalan Presiden NDP juga bersetuju bersandarkan Artikel 18 klausa 13 (f) untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa dan Keamanan dan sekaligus melantik Malai Hassan Haji Malai Othman selaku Ketua JK tersebut.
Di hari berikutnya iaitu sehari seleas kongres Timbalan Presiden NDP terus menjalankan kerja-kerja menggerakkan NDP.
Beliau telah membuat perjumpaan dengan hampir kesemua ahli MT untuk memberikan penjelasan mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing selaku ketua-ketua biro dibawah pimpinan mereka.
Sesi perjumpaan dan taklimat kepada ahli-ahli MT diteruskan lagi di hari Selasa dan ketika ini ahli-ahli MT pula yang tengah sibuk membentuk barisan ahli-ahli biro masing-masing.
|