|
|
| |
 |
|
| |
|
|
| |
NDP taja dua remaja sertai kejuaraan Cyber Xtremes di S'pura |
BELAIT 10 OGOS 2006: Dua orang remaja dari Daerah Belait dan dua lagi dari Daerah Brunei Muara yang cekap dalam permainan luncur papan (skateboard), satu sukan ekstrem yang diminati ramai anak muda di Brunei akan berlepas ke Singapura hari ini untuk menyertai kejuaraan Cyber Xtreme.
Kejuaraan luncur papan yang bertaraf antarabangsa itu akan berlangsung di Suntec Convention Hall di Singapura bermula 10 hingga 14 Ogos ini.
Anak-anak muda remaja dari Belait dan Brunei-Muara yang punya semangat juang yang tinggi ini dijangka akan bersaing dengan handalan-handalan dari negara-negara di Asia Pacific dan Eropah.
Kemarin dua pemain handalan Belait, Awang Asmali bin Haji Arbi dan Ak Irwan menerima tiket-tiket penerbangan dan juga tajaan untuk keperluan mereka sumbangan Biro Himpunan Pemuda Parti Pembangunan Bangsa (NDP).
|
|
Mereka juga menerima baju T dan topi NDP yang disampaikan oleh Ak Roslan,Naib Ketua Pemuda NDP Tutong mewakili Timbalan Ketua Himpunan Pemuda yang tidak dapat hadir dimajlis penyampain tajaan itu.
Turut menyaksikan penyampain tajaan NDP itu ialah Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Daerah Belait serta beberapa orang remaja 'kaki' sukan ekstreem yang menghadirkan diri untuk memberikan sokongan moral.
Majlis penyampain diadakan di gelanggang luncur papan di kawasan lagoon taman persiaran Rancangan Perumahan Negara Pandan 8.
Dimajlis itu pemain-pemain tajaan NDP juga mengambil kesempatan menunjukkan kebolehan dan kecekapan mereka bermain luncur papan.
Dari persembahan yang mereka tunjukkan itu jelas mereka ada peluang untuk memberikan saingan hebat di Singapura nanti.
|
|
Aug 05, 2006 at 08:28 AM: The World Cyber Games Singapore not only covers the cyber realm of gaming but also extreme sports. In line with the World Cyber Games objective of promoting and recognizing all youth athletes, whether it is extreme or cyber sports.
The organizers of WCG Singapore Championship 2006 and WCG 2006 Asian Championship is proud to present Cyber Xtreme. Cyber Xtreme is an exciting extreme sports competition that will feature the best extreme athletes battling it out freestyle with a flow of creativity.
This augur well the extreme sports fraternity. Cyber Xtreme will enabled participants of diverse nationalities, race and backgrounds to come together and engage in healthy competition, while experiencing the adrenaline of action sports. |
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|