|
|
| |
 |
|
| |
NDP siap siaga mertabatkan belia
|
|
| |
LIMBARUH HIJAU 6 OGOS 2006: Khutbah Jumaat dimesjd-mesjid dan surau surau seluruh negara pada hari Jumaat baru ini menarik perhatian para jemaah terhadap pengisytiharan Hari Belia Kebangsaan pada 1 hb Ogos 2006 atas titah perkenan Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Ser Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Imam-imam melalui khutbah Jumaat tersebut menyeru para belia agar menghargai kedudukan penting mereka dalam masyarakat sebagai aset negara dan sebagai penentu masa depan bangsa.
Mereka diseru agar sentiasa menjaga iman dan amalan dalam mereka melalui usia remaja yang penuh dengan cabaran dan godaan.
Imam-imam melalui khutbah tersebut juga mengulangi mesej Baginda Sultan betapa pentingnya belia sebagai aset negara wajib diberi perhatian dan dipelihara dengan sewajarnya justeru sambutan Hari Belia Kebangsaan diharap akan menjadi wadah untuk :-
|
|
-
memartabatkan pergerakkan belia dengan memperingati dan menyambut hari belia kebangsaan.
-
Untuk mengumpulkan belia-belia di seluruh negara dalam satu perhimpunan dengan aktiviti-aktiviti yang bermakna.
-
Untuk memberi peluang kepada belia-belia berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan dan pendapat dari berbagai aspek.
-
Untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan menjana integrasi di kalangan belia.
|
|
.jpg) |
 |
Gambar atas: NDP taja 3 pelumba kereta kawalan jauh di Jakarta.
Gambar bawah: Anak didik NDP hasilkan 4 buah mesin pembjak sawah
|
|
Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menyambut baik khutbah Jumaat tersebut yang dengan jelas mengingatkan akan peranan penting kita semua memeduli, menjaga dan memelihara golongan belia yang merupakan aset negara yang tidak ternilai harganya.
NDP sangat–sangat menyanjung tinggi titah Baginda mengisytiharkan sambutan Hari Belia Kebangsaan dan sangat terkesan dengan titah Baginda menekankan pentingnya kita semua selaku rakyat memainkan peranan yang lebih serious dan aktif dalam sama-sama memelihara dan membentuk aset negara yang menurut Baginda “mampu mencorakkan masa depan, serta juga selaku penerus kesinambungan cita-cita bangsa”.
Seluruh anggota NDP menyanjung tinggi titah Bagnda dan terasa terkesan dengan mesej yang disampaikan bukan sekadar meluahkan kata-kata sokongan semata-mata untuk mendapatkan perhatian.
Akan tetapi kita menyanjung tinggi titah Baginda kerana mesej yang terkandung dalam titah Baginda itu benar-benar mengambarkan keharmonian peggangan dan pandangan antara institusi Ulil Amri dengan rakyat yang taat setia dan bersedia memberikan sokongan dan dokongan kepada institusi Ulil Amri dari atas pelantar parti politik.
Dalam konteks memeduli hal ehwal kebajikan dan perkembangan kaum belia di negara ini, NDP sebagai sebuah parti politik telah siap siaga dan akan terus siap siaga memeduli dan membimbing kaum belia serta memastikan mereka tidak terpinggir dalam kepesatan arus kemajuan negara. |
 |
 |
Gambar atas: Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman ikut serta perlumbaan kaki gergasi dimajlis ramah mesra bersama belia di Kuala Belait Februari lalu.
Gambar bawah: Sdra Morshidi ikut serta bengkel muzik bersama belia di Tutong |
|
Seperti yang ditekankan oleh Ayahnda Presiden NDP, Yasin Affandy dalam ucapan beliau sempena perasmian Kongres Pertama Parti pada bulan April lalu;
“Kita mengalu-alukan semua lapisan masyarakat untuk memasuki Parti Pembangunan Bangsa, sama ada yang datang itu dari golongan berada mahupun golongan marhaen yang tinggal di dangau pisang sesisir, dari ningrat ke buruh, tani dan nelayan, dari yang berilmu hingga yang tidak berpeluang ke sekolah, hatta kepada bekas penagih dadah dan bekas banduan, asalkan mereka terdiri dari kalangan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan menepati kehendak-kehendak perlembagaan parti”.
Timbalan Presiden NDP, saudara Mahmud Morshidi Othman semasa melancarkan Kongres Pertama Himpunan Pemuda dan Wanita pada bulan April lalu juga banyak menyentuh mengenai peranan penting yang dimainkan oleh pemuda dan wanita dalam konteks perkembangan parti pada khususnya dan masa depan negara pada amnya.
Sdra Morshidi dalam ucapannya antara lain berkata pemuda dan pemudi bukan sahaja diibaratakan sebagai pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara malahan dapat ditamsilkan seperti sayap sayap yang kuat yang membolehkan burung terbang tinggi.
Begitulah pandangan NDP terhadap golongan belia di negara ini dan atas kesedaran inilah NDP terus komited dalam usha memertabatkan golongan belia.
Antara inisiatif yang telah diambil untuk memertabatkan kaum belia ialah penubuhan Biro Himpunan Pemuda dan juga Biro Himpunan Wanita sebagai komponen penting dalam jentera pentadbiran dan pengerak NDP. |
Penubuhan biro-biro tersebut telah membukakan peluang kepada kaum belia untuk menyumbangkan khidmat bakti mereka dengan lebih bermakna kepada negara dan bangsa melalui pelantar politik.
Antara tugasan yang diamanahkan kepada Himpunan Pemuda dan Wanita seperti yang abadikan dalam perlembagaan parti ialah menyatupadukan semua pemuda dan belia diatas pelantar NDP untuk :
a. Mengadakan kegiatan kegiatan yang berkaitan dengan hal ehwal kepemudaan di Negara Brunei Darussalam bagi memupuk semangat juang dan cinta kepada Agama Islam, Sultan dan Yang-Di-Pertuan, Bangsa dan Negara.
b. Mengadakan program program latihan kepimpinan dan keusahawanan kepada pemuda pemuda Negara Brunei Darussalam.
c. Pada amnya, merancang dan menganjurkan apa apa jua kegiatan yang berfaedah dan memberi manfaat kepada pemuda pemuda Negara Brunei Darussalam dari masa ke semasa
d. Mengadakan kegiatan kegiatan yang berkaitan dengan hal ehwal wanita di Negara Brunei Darussalam bagi memupuk semangat juang dan cinta kepada Agama Islam, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Bangsa dan Negara.
e. Mengadakan program program latihan kepimpinan dan keusahawanan di kalangan wanita wanita Negara Brunei Darussalam.
f. Pada amnya, merancang dan menganjurkan apa apa jua kegiatan yang berfaedah dan memberi manfaat kepada wanita wanita Negara Brunei Darussalam dari masa ke semasa |
 |
 |
Gambar atas: NDP berusaha berikan peluang pekerjaan kepada belia-elia menggangur.
Gambar bawah: Projek mengecat papi air dikendalikan ole belia-belia NDP
|
|
Dalam draf manifesto NDP yang sedang dalam proses pencetakkan pula NDP antara lain telah mencadangkan dan bersedia menyokong serta membantu Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dalam apa jua usaha untuk :
"Mengisytiharkan dan melancarkan Hari Belia bagi menghebahkan kejayaan para belia dalam bidang pertanian, perniagaan dan sukan sebagai dorongan dan rangsangan kepada para belia untuk meneroka dengan lebih jauh dalam bidang-bidang tersebut;
-
menyediakan peluang dan latihan yang lebih luas dalam bidang teknikal dan kemahiran bagi lepasan sekolah menengah bagi mewujudkan ‘base’ tenaga mahir yang ‘reliable’ tanpa terus bergantung kepada kemahiran tenaga asing;
-
menyusun dan melaksanakan program belia niaga di setiap kampung dan mukim bagi mencungkil dan memupuk nilai-nilai keusahawan yang jitu, berwawasan dan beretika dengan menyalurkan bantuan dan bimbingan melalui gerakan koperasi belia dan gerakan pertubuhan belia setempat;
-
merangka program dan modul latihan yang menekankan aspek-aspek pembangunan sahsiah dan potensi diri bagi melahirkan belia yang patritok, bersemangat waja dan beriltizam;
Dalam draf manifesto parti, NDP juga dengan penuh iltizam berusaha untuk:
-
Menganjur dan mengisytiharkan Hari Pemuda dan Hari Wanita Parti Pembangunan dengan merancang pengisian sambutan dengan program-program yang boleh menaikkan dan mengukuhkan semangat ‘espirit de corps’;
-
mendampingi golongan belia bagi tujuan membimbing dan membantu mereka, terutama belia-belia yang bermasalah, agar mereka itu mempunyai nilai diri yang secara langsung boleh menjadi aset dan bukan liabiliti kepada negara;
-
mengamat-amati secara berterusan serta mengetengahkan pandangan dan idea-idea dari setiap kaum dan tahap pendidikan tidak tercicir dari arus perubahan dan program yang dirancang untuk mereka dalam proses penjanaan pembangunan bangsa dan negara.
Selama hampir setahun NDP wujud bermacam-macam program telah diatur dan dilaksanakan untuk mengotakan semua hasrat parti untuk memberikan khidmat bakti kepada golongan belia.
Sebagai contoh NDP telah mengambil langkah menganjuran perkumpulan belia di daerah-daerah. Bermula pada bulan Februari lepas, majlis ramah mesra NDP bersama belia diadakan di Daerah Tutong, dikiuti dengan aktiviti yang sama di Belait dan kemudian di Temburong.
Akan tetapi rancangan untuk mengadakan majlis kemuncak perkumpulan belia senagara sempena sambutan perayaan hari ulan tahun keputeraan Baginda Sultan tidak kesampaian oleh sebab-sebab tertentu.
Walau bagai manapun kita bersyukur dan berbangga kerana Kementerian Kebudayaan Blia dan Sukan telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan sambutan Hari Belia Kebangsaan.
NDP akan sentiasa memberikan sokongan dan akan bersedia berkerjasama untuk menjayakan sambutan sedemikian ditahun-tahun mendatang.
NDP juga menaruh harapan agar agensi-agensi kerajaan, terutama sekali golongan elit pentadbir dan badan-badan NGO akan sentiasa memberikan peluang dan ruang kepada badan-badan politik untuk berjalan seiringan dan berkerjasama dalam usaha merealisasikan hasrat raja, negara dan bangsa untuk melhat golongan belia kita berkembang maju menjadi bangsa Brunei yang berilmu, beriman dan berwibawa digalati diseluruj pelusuk dunia ini.
|
Selama hampir setahun NDP ditubuhkan berbagai program dan aktiviti belia telah dianjurkan. Usaha memeduli belia ini sudah menjadi budaya NDP. |
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|