NDP sentiasa menyahut titah Baginda Sultan memeduli belia

 
 
Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sangat menyanjung tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dimajlis pengisytiharan Hari Belia Kebangsaan yang berlangsung pada 1 Ogos 2006 di stadium tertutup di Berakas.

Titah Baginda Sultan yang memberikan penekanan terhadap pentingnya belia sebagai aset yang mampu mencorakkan masa depan negara dan selaku penerus kesinambungan cita-cita bangsa sangat bertepatan dengan dasar perjuangan NDP berhubung isu pembangunan belia.

NDP juga sangat menyanjung tinggi titah Baginda Sultan mengisytiharkan 1 Ogos sebagai Hari Belia Kebangsaan. Langkah memperkenalkan Hari Belia Kebangsaan dan mengisytiharkan 1hb Ogos sebagai hari keramat khusus untuk mengenang baik jasa bakti dan sumbangan para belia dan mengharagai jasa-jasa pemimpin-pemimpin mereka itu selari dengan hasrat NDP berhubung dengan perkembangan belia.
Hasrat dan cita-cita NDP berkaitan perkara ini jelas tercatat dalam manifesto parti yang sedang dalam proses pencetakkan.

Antara perkara yang menarik berhubung isu belia yang digariskan oleh NDP dalam draf manifesto itu ialah untuk mencadangkan, menyokong dan membantu Kerajaan Kebawah DYMM ke atas sebarang usaha untuk mengisytiharkan dan melancarkan Hari Belia.

NDP dalam draf manifesto juga mengariskan Hari Belia itu sebagai pelantar untuk menghebahkan kejayaan para belia dalam bidang pertanian, perniagaan dan sukan serta juga sebagai dorongan dan rangsangan kepada para belia untuk meneroka dengan lebih jauh dalam bidang-bidang tersebut.
Potos Courtesy of INFOFOTO
Diperingkat parti, NDP berhasrat untuk menganjurkan Hari Pemuda dan juga Hari Wanita NDP dengan merancang pengisian sambutan dengan program-program yang boleh menaikkan dan mengukuhkan semangat ‘espirit de corps’.

Sehaluan dengan titah Baginda Sultan yang berbunyi, “masyarakat yang sedar tidak akan membiarkan para belianya bersendirian, melainkan dipedulikan dengan sewajarnya”, NDP dalam draf manifestonya telah menggariskan langkah parti untuk sentiasa mendampingi golongan belia bagi tujuan membimbing dan membantu mereka, terutama belia-belia yang bermasalah, agar mereka itu mempunyai nilai diri yang secara langsung boleh menjadi aset dan bukan liabiliti kepada negara.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.