LIMBARUH HIJAU 17 MEI 2007: TAHNIAH KEPADA JABATAN IIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN atas inisiatif memberikan kefahaman kepada penduduk di Ukong dan Rambai mengenai isu mendapatkan kerakyatan Brunei dan juga isu-isu imigresen yang lain.
"Saya melihat ini satu perkembangan yang menggalakkan dalam usaha memberikan kefahaman kepada masyarakat akar umbi mengenai dengan undang-undang dan peraturan-pertauran imigresen terutama sekali berkaitan isu mendapatkan status kerakyatan yang melibatkan sebilangan besar masyarakat puak etnik termasuk puak Iban. Kita di fahami masih ramai lagi mereka ini berstatuskan warga penduduk tetap Brunei walaupun mereka sudah layak mendapatkan kerakyatan Brunei", ujar Ayahda Yasin Affandy, Presiden NDP ketika di minta memberikan komen mengenai dengan majlis taklimat imigresen yang di adakan di Ukong dan Rambai baru-baru ini.
Penghulu-penghulu, ketua-ketua Kampong, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampong serta beberapa orang penduduk
dari kedua buah mukim telah di jemput hadir untuk mendengarkan taklimat imigresen tersebut yang di sampaikan oleh Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Awg Zainal Abidin bin Dato Paduka Hj Ahmad.
Di sesi taklimat tersebut Awang Zainal antara lain menjelaskan kesediaan Jabatan Imgresen dan Pendaftaran Kebangsaan untuk mempertimbangkan permohonan-permohonan untuk mendapatkan status kerakyatan kepada pemohon-pemohon yang layak dan sudah memenuhi semua syarat untuk mendapatkan status kerakyatan Brunei.
"Penjelasan yang di berikan oleh Pengarah Imigresen tersebut sangat di alu-alukan dan bertepatan pada waktunya di mana NDP sendiri telah menerima banyak aduan-aduan dari golongn masyarakat penduduk tetap mengenai dengan kemuskilan mereka untuk mendapatkan status kerakyatan Brunei", jelas Ayahnda Yasin Affandy.
Menurut Ayahnda Yasin Affandy dalam NDP sahaja hampir 100 orang warga penduduk tetap telah di kenalpasti dan sebilangan besar mereka ini sudah layak mendapatkan kerakyatan Brunei.
Sehubungan dengan itu Ayahnda Yasin Affandy menjelaskan kesediaan NDP untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada Jabatan Imigresen dalam menangani isu ini.
"Melalui Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum kita akan cuba memberikan khidmat nasihat dan bantuan lain untk memudahkan mereka yang berkelayakan akan tetapi mengahadapi masalah mendapatkan kerakyatan Brunei ini membuat permohonan kepada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan".
"Kita meyedari ramai dari mereka ini yang tidak memahami cara-cara membuat permohonan dan ada juga yang buta huruf. Terdapat juga sebilangan mereka yang atas sebab kejahilan mereka mengenai hak mereka untuk mendapatkan kerakyatan takut untuk mengambil inisiatif memohon kerakyatan. Ada yang takut kerana mereka di fahami terpaksa melalui peperiksaan bertulis sebelum mereka di luluskan untuk menjadi rakyat Brunei dan macam-macam lagi", tambah Ayahnda Yasin Affandy.
Menyedari akan masalah ini, NDP berharap akan dapat memberikan khidmat nasihat kepada mereka dengan menubuhkan sebuah sekretariat yang akan dapat memudah cara bagi mereka membuat permohonan.
Kita juga akan cuba memeberikan kerjasama kepada Jabatan Pendaftaran Kebangsaan dengan memberikan kefahaman kepada pemohon-pemohon yang mungkin lebih selesa berurusan dengan NDP sebelum mereka menghadapkan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Kebangsaan, jelas Ayahnda Yasin Affandy.
"Kita berharap inisiatif yang di ambil oleh NDP ini akan dapat di sambut dengan baik dan tidak di lihat sebagai satu yang negatif. Inisiatif yang di ambil ini sebenarnya adalah kesinambungan usaha NDP untuk memberikan perhatian yang serious terhadap kemaslahatan yang di hadapi oleh puak-puak etnik di Brunei termasuk puak Iban".
"Isu kerakyatan ini telah di bagkitkan oleh wakil-wakil puak ertnik di banyak sesi-sesi perjumpaan sejak NDP di tubuhkan dan baru-baru ini satu seminar silang budaya yang bertujuan untuk menangani masalah puak-puak etnik demi untuk mengukuhkan kesataun bangsa telah mengambil ketetapan antaranya memanjangkan masalah status kerakyatan penduduk penduduk tetap yang sudah bergenerasi-generasi hidup di negara ini dan layak menjadi kerakyatan Brunei", ujar Ayahnda Yasin Affandy lagi.