NDP sambut kedatangan Hari Kebangsaan

 
 
LIMBARUH HIJAU 19 FEBRUARI 2007: MARKAS PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) terus berkumandang dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca oleh beberapa orang ahli-ahli NDP yang hadir untuk bertedarus hampir setiap hari sejak NDP melancarkan perayaan bulan kemerdekaan sejak 15 Februari lalu.

Program bertedarus merupakan salah satu aktiviti yang diungkayahkan oleh NDP sempena memperingati Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 23 tahun ini.

Ahli-ahli NDP yang terlibat akan meneruskan program tersebut sepanjang bulan perayaan ini hingga 15 Mac nanti dimana majlis khatamal al-Quran akan diadakan untuk menutup program sambutan bulan perayaan tahun ini.
Sementara itu NDP juga membuka Bulan Perayaan Hari Kemerdekaan pada 15 Februari lalu dengan melancarkan program pengagihan beras kepada ahli-ahli NDP yang kurang kemampuan.

Objektif program tersebut bukan sahaja untuk membantu ahli-ahli yang menghadapi kesempitan hidup akan tetpi bertujuan untuk menanamkan kesedaran dikalangan ahli-ahli NDP bahawa dalam keghairahan kita menyambut Hari Kebangsaan, kita juga harus ingat masih ada lagi masyarakat kita yang terhimpit dan belum dapat menikmati rahmat kemerdekaan kerana kemiskinan justeru mereka perlu pembelaan.

Majlis pelancaran program tersebut menyaksikan Ayahnda Yasin Affady menyerahkan beras-beras untuk diagih-agihkan kepada Naib-naib Presiden dan Ketua-ketua Perhubungan NDP dari keempat-empat daerah. Dayang Hajjah Armah, Ketua Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat NDP yang menganjurkan program tersebut juga turut hadir untuk menaksikan majlis penyerahan tersebut.

Awang Haji Mohiddin PDP Haji Othman, Timbalan Setiausaha Agong NDP mewakili Daerah Brunei-Muara untuk menerima beras tersebut manakala Awang Ahmad Timpus, Naib Presiden Temburong dan Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait menerima beras-beras tersebut untuk diagih-agihkan kepada ahli-ahli di daerah masing-masing yang memerlukannya.

Daerah Tutong pula diwakili oleh Awang Haji Sabri untu menerima beras-beras untuk diagih-agihkan kepada ahli-ahli berkenaan di daerah tersebut.




 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.