|
|
Penari-penari puteri-puteri NDP membuat persembahan yang menarik di malam makan malam perdana
|
Kegembiraan dan keriangan memenuhi dewan makan di Orchid Garden Hotel pada malam Sabtu bila saja hampir 1000 orang ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) datang dan berkumpul untuk menghadiri acara makan malam perdana anjuran NDP.
Makan malam perdana itu diadakan sempena Kongres Agung pertama NDP yang telah bermula pada siang hari dengan acara Kongres pertama Himpunan Wanita, Pemuda dan Non Muslim.
Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP turut hadir selaku tetamu kehormat di majlis makan malam perdana itu. Juga turut hadir untuk bersama-sama ahli-ahli NDP yang lain merayakan hari yang beresejarah itu ialah sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP.
Apa yang membanggakan ahli-ahli NDP ialah kehadiran Duta-Duta Besar negara asing dan di Brunei dan tetamu-teamu yang telah dijemput untuk menghadiri majlis makan malam perdna itu.
Ahli-ahli NDP dan juga tetamu-tetamu dihiburkan dengan acara pementasan yang banyak mengenegahkan tarian-tarian etnik, tradisi dan juga persembahan pementasan oleh putera-puteri NDP yang berbakat dalam bidang tarian dan nyanyian.
Keriangan di majlis santapan itu jelas mengambarkan perwatakkan NDP sebagai sebuah organisasi politik yang dinamik yang mewakili masyarakat akar umbi dan belia-belia dan sudah bersedia untuk ditempatkan diaras antarabangsa.
|
|
Duta Besar Amerika di Brunei ikut serta menari ronggneg, tarian tradisi Puak Tutong
|


|
|
Duta Besar Kanada ikut serta beronggeng dengan ahli NDP
|
|
|
Ahli-ahli NDP beronggneg bersama duta-duta besar dan perwakilan asing yang dijemput hadir di majlis makan malam sempena Kongres Agung pertama NDP |
|
|
Penari-penari Canag Citra Budaya dari Belait dan juga beia-belia dari Puak Kedayan jga ikut serta memeriahkan makan malam perdana
|
|
|
Ketibaan Ayahnda Yasin Affandy disambut mesra oleh penari-penari etnik kaum Iban. Gambar kanan. Sdra Mahmud Morshidi Othman sedang melayani Duta Besar Peranchis. Juga kelihatan dalam gambar Duta Besar Korea
|
|
|
Kanakkanak dari Puak Belait mempersembahkan tarian etnik
|
|