|
|
| |
 |
|
| |
NDP raikan ketibaan ahli-ahli Puteri UMNO |
|
|
| |

|
LIMBARUH HIJAU MACH 16 2007: EMPAT BELAS ORANG ahli-ahli Pergerakkan Puteri UMNO Melaka tiba dengan selamatnya di Bandar Seri Begawan walaupun agak terlewat hampir tiga jam dari jadual awal yang ditetapkan.
Ketibaan rombongan politikus muda dari negeri Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Brunei disambut oleh Hajjah Saemah Kefli, Ketua Himpunan Wanita NDP dan rombongan ahli-ahli HAWA.
Dari LTA Brunei mereka terus dibawa ke Limbaruh Hijau, markas NDP di Jerudong untuk menghadiri majlis dzikir marhaban sempena merayakan ketibaan mereka di Negara Brunei Darussalam.
|
|
Dimajlis tersebut Awang Haji Aminmorashid, Setiausaha Agong NDP mewakili seluruh anggota NDP mengucapkan selamat samapi kepada rombongan Puteri UMNO dan memohon maaf atas ketidak selsesaan yang mereka hadapi sewaktu melalui pemeriksaan kastam di LTA Brunei.
Katanya dia dimakluman beberapa naskah buku-buku dan risalah-risalah yang mereka bawa untuk dihadiahkan kepada HAWA NDP telah ditahan oleh pihak berkuasa di LTA Brunei.
|
"Penguatkuasaan undang-undang membawa masuk bahan-bahan cetakkan memang agak ketat di Brunei dan kami memohon maaf kerana ianya memang agak sedikit tidak selesa bagi saudari-saudari sekalian yang terpaksa menunggu agak lama sedikit lagi untuk melepasi pemeriksaan yang ketat itu", ujar Awang Haji Aminorashid sambil mengambil maklum ada diantara mereka yang kurang sehat dan salah seorang dari mereka membawa anak kecil.
Ketua rombongan ahl-ahli Puteri UMNO dalam ucapa balas menekankan ketidak selesaan
|
|
itu Alhamdullilah terubat juga dengan sambutan besar-besaran untuk mengalu-aluan ketibaan mereka.
"Kita tidak menjangkakan sambutan begitu meriah sekali", ujar Puan Mas Ermieyati Samsuddin, Ketua Rombongan Puteri UMNO.
Puan Mas Ermieyati juga mengambil kesempatan menyampaikan salam Ketua Perhubungan UMNO Melaka merangkap Naib Presiden UMNO, Tan Sri Dato Ali Rustam dan Ketua Pergerakkan Puteri UMNO Malaysia Dato Noraini Ahmad kepada seluruh anggota NDP.
|
|
Katanya rombongan mereka sangat berbesar hati atas peluang berkunjung ke Brunei untuk mengeratkan silaturahim, persefahaman dan semangat kerjasama antara rakyat Brunei dan Malaysia melalui hubungan antara parti-parti politik kedua negara.
Pagi ini mereka dijadualkan akan menghadiri majlis pembukaan rasmi pejabat Perhubungan NDP Brunei-Muara di Limbaruh Hijau Jerudong yang akan diselajurkan dengan sesi taklimat kepada rombongan Puteri oleh HAWA.
Rombongan juga akan dibawa melawat ke Kampong Ayer di rumah ahli NDP dimana mereka akan menyaksikan persembahan hadrah, pertunjukkan membintur dan merambat.
Mereka juga akan berpeluang menyakiskan pertunjukkan membuat kuih-kuih tradisi Brunei dan pameran kraf tangan yang diungkayahkan oleh ahli ahli NDP di Kamong Bendahara Lama, Kampong Ayer.
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|