NDP junjung ziarah Hari Raya di Istana

 
 

17 OKTOBER 2007 - PRESIDEN NDP, AYAHNDA YASIN AFFANDY kelmarin mengambil kesempatan menyamapiakn ucap selamat Hari Raya Aidil Fitri dari seluruh warga parti kehadapan majlis KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat diraja yang lain.

Ayahnda Yasin Affandy menyampaikan ucap selamat tersebut semasa menjunjung ziarah kehadapan majlis Baginda Sultan di majlis terbuka Istana Nurul Iman sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Di kesempatan itu Ayahnda Yasin Affandy juga menyampaikan kehadapan majlis Baginda Sultan ingatan baik seluruh anggota NDP kepada Baginda Sultan dan keluarga dan sentiasa mendoakan agar Allah SWT akan terus mecucuri rahmat dan hidayah kepada Baginda dan zuriat Baginda untuk terus memeggang mecu pemerintahan negara serta terus memandu negara kearah kemajuan dan kecemerlangan yang di redhai.

Lebih 350 orang ahi-ahli NDP termasuk ahli-ahli wanita dari seluruh negara menyertai rombongan NDP untuk junjung ziarah di hari terbuka Istana Nurul Iman itu.

Di acara itu Ayahnda Yasin Affandy mengepalai rombongan NDP yang terdiri dari warga emas NDP manakala sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP mengepalai rombongan ahli-ali NDP yang lain dan Dayang Hajah Saemah Kepli, Ketua Himpunan Wanita NDP mengepalai rombongan wanita NDP.

NDP telah menyediakan 6 buah bas untuk mengangkut ahli-ahli NDP dari keempat-empat daerah yang ikut serta berkunjung ke Istana Nurul Iman.
 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.