LIMBARUH HIJAU 06 MACH 2007: Di jangkakan seramai 18 orang ahli-ahli Puteri UMNO dari Melaka akan membuat lawatan ke Negara Brunei Darussalam pada minggu hadapan ini.
Mereka dijangkakan akan tiba di Brunei pada sebelah petang 15hb Mach ini dan akan berada di negara sehingga 18 Mach.
Himpunan Wanita NDP (HAWA) akan menjadi tuan rumah bagi tetamu-tetamu dari Malaysia itu.
"Kita telah megaturkan beberapa program bagi tetamu-tetamu kita yang akan dijangka berada di Brunei selama 4 hari. Antara program yang sudah diaturkan ialah lawatan ke tempat-tempat menarik seperti Muzium Alat Kebesaran Diraja, tempat-tempat menarik di Kampong Air dan juga kunjungan ke Ukong Daerah Tutong untuk bermuzakarah dengan ahli-ahli NDP di kawasan tersebut. Mereka akan berpeluang menyaksikan persembahan tarian-tarian tradisi dari puak Dusun, Murut dan Iban serta berpeluang melihat pameran kraf tangan dan kueh mueh tradisi Brunei", jelas Dayang Hajjah Saemah Kefli, Ketua HAWA NDP. |
Dayang Hajjah Saemah, Ketua HAWA NDP |
"Pada hari pertama di hari ketibaan mereka di sebelah petang, mereka akan dibawa ke markas NDP di Limbaruh Hijau untuk menyetai
majlis penutup bulan perayaan ulang tahun Hari Kebangsaan ke 23. Majlis khatamal al-Quran akan diadakan sempena menutup bulan perayaan tersebut dan insyal Allah tetamu-tetamu kita akan ikut bersama memeriahkan majlis tersebut".
"Satu lagi program menarik ialah sesi wacana politik bertajuk 'Wanita dan Politik - Tuntutan dan Cabaran' antara rombongan Puteri UMNO dan HAWA NDP. Di sesi ini kita akan berpeluang bertukar-tukar pandangan dan pengalaman terutama sekali pengalaman mereka bergiat aktif dalam dunia politik".
"Lawatan ahli-ahli Puteri UMNO dari Melaka ini merupakan salah satu lagi program yang signifikan dalam perkembangan NDP setelah kita menykasikan kunjungan muhibbah baru-baru ini dari 5 perwakilan dari Parlimen Jerman", tambah Hajjah Saemah.
Kita berharap dengan kunjungan muhibbah politikus-politikus muda dari Malaysia ini kita akan dapat mendalami lagi jiwa berpolitik rakan-rakan sebaya kita dari Malaysia dan dapat menimba ilmu dari mereka yang sudah matang dalam berpolitik.
"Kita juga akan mengongsikan cabaran-cabaran yang kita hadapi dalam usaha kita memantapkan parti yang baru berumur setahun jagung ini", tegas Dayang Hajjah Saemah lagi.