LIMBARUH HIJAU 2 DISEMBER 2007 - PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) kelmarin mengisytiharkan 1 Disember sebagai Hari Sang Setia iaitu satu tarikh bagi NDP memperingati hari bersejarah parti memperkenalkan dan menggibarkan Sang Setia, bendera rasmi parti di bumi Brunei yang sedang melalui era baru dalam perkembangan politik negara yang sejak 45 tahun lalu telah terbantut berikutan tercetusnya peristiwa 8 Disember 1962.
 |
"Sang Setia merupakan simbol penting yang ingin kita gambarkan kepada negara, bangsa dan raja yang kita cintai", jelas Ayahnda Yasin Affandy di majlis memperingati tahun ke-2 Sang Setia diperkenalkan dan dikibarkan di bumi bertuah ini.
Lebih 300 orang ahli-ahli NDP dari seluruh negara hadir di majlis tersebut yang berlangsung di perkarangan Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong.
Tambahnya,"apa yang sebenarnya kita lakukan hari ini ialah membaharui tekad kesediaan dan keikhlasan untuk bersama-sama sebagai rakan strategik kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Wadaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam usaha Baginda memastikan Negara
|
Brunei berterusan menjadi sebuah negara Melayu, Islam, Beraja yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman, damai dan sejahtera serta sentiasa mendapat keampunan Allah jua.
"Bendera Sang Setia yang telah kita perkenalkan, kibarkan dan daulatkan adalah simbol kecintaan NDP dan seluruh warganya kepada keharmonian dan kedamaian sejagat sesuai dengan visi, misi dan objektif parti".
"Itulah objektif kita memperkenalkan, mengibarkan dan mendaulatkan Sang Setia 2 tahun yang lalu dan adalah menjadi hasrat kita menjadikan 1 Disember pada setiap tahun sebagai 'HARI SANG SETIA' sebagai wadah kepada seluruh anggota NDP membaharui tekad melaksanakan visi, misi dan objektif partti", ujar Ayahnda Yasin Affandy.
 |
Dalam ucapan beliau di majlis tersebut Presiden NDP juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli NDP agar akan terus memberikan komitmen yang mendalam kepada perjuangan parti.
"Sang Setia yang berkibar megah akan menjadi lambang kemegahan kepada perjuangan kita hingga bila-bila", tambah Ayahnda Yasin Affandy.
Beliau juga menyeru kepada semua lapisan ahli NDP agar sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam perjalanan kearah merealisasikan visi, misi dan objektif parti.
|
 |
"Dalam usaha kita melaksanakan tugas menjunjung titah membangun bangsa
dengan berlambangkan Sang Setia sebagai simbol komitmen dan kekuatan kita, kita juga tidak sepi dari menghadapi berbagai cabaran dan rintangan".
"Sang Setia sebagai simbol semangat perjuangan kita juga tidak ketinggalan di jadikan item oleh elemen-elemen terentu untuk
|
menguji semangat kita, kematangaaaan dan kewibawaan kita dalam berpolitik dan mengamalkan demokrasi".
"Tidak berapa lama dulu atas arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan-Pertubuhan (ROS) Sang Setia tidak dibenarkan untuk dikibarkan di markas-markas perhubungan dan ranting-ranting", kata Presiden NDP.
"NDP hanya dibenarkan mengibarkan satu helai Sang Setia di markas pusat.
"Walau apapun alasan yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu, NDP tetap berasa risau tindakan mereka itu akan di salah tafsir oleh pemerhati-pemerhati politik sebagai satu langkah yang bercanggah dengan hak asasi manusia dalam bab 'Freedom of Expression' dan 'Freedom of Association' (Kebabasan Bersuara dan Kebebasan Berpersatuan)".
|
|
"Dari itu saya berseru kepada pihak-pihak berkenaan agar menimbang semula tindakan tersebut demi kepentingan nasional dan nama baik Baginda Sultan yang dilihat sebaga seorang raja, Perdana Menteri dan peneraju utama pembaharuan politik di negara ini", tegas Presiden NDP.
Katanya NDP menaruh harapaan yang tinggi agar arahan yang 'counter productive' itu akan dikaji semula dan merestui permintaan NDP agar Sang Setia dapat dikibarkan di markas-markas perhubungan, ranting dan di rumah-rumah ahli-ahl NDP di seluruh negara.
"Mudah-mdahan dengan terkibarnya Sang Setia akan dapat menggambarkan kepada dunia bahawa pembaharua politik benar-benar wujud di bumi bertuah ini".
"Mudah-mudahan dengan terkibarnya Sang Setia d seluruh negara akan dapat menggambarkan kepada dunia bahawa amalan demokrasi yang sihat sedang berlaku di Brunei seperti yang dihasratkan dalam Piagam Asean dan juga badan dunia yang lain berhubung dengan hak asasi manusia".
"Mudah-mudahan dengan langkah tersebut akan dapat mengurangkan tekanan-tekanan dari badan-badan serantau dan antarabangsa yang akan dihadapi oleh negara", tambah Ayahnda Yasin Affandy.
Kepada semua pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli NDP beliau berseru agar mereka akan terus tabah dan bersabar dalam menghadapai segala cabaran dan rintangan yang mendatang.
"Kita mestilah terus menunjukkan kematangan dan kewibawaan kita dalam meneruskan perjungan kita dan sentiasa berwaspada dalam segala tindak tanduk agar tidak mudah terperangkap oleh dorongan hawa nafsu yang akhirnya akan menjejaskan nama baik partii dan negara, kata Presiden NDP.