NDP ikut sama raikan Hari Jerman Bersatu

 
 

BANDAR SERI BEGAWAN 31 OKTOBER 2007 - PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) dan seluruh warga parti mengucapkan setinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama H.E Conrad Cappell, Duta Besar Federal Republic Jerman ke Brunei sempena negara Jerman menyambut hari ulang tahun Hari Bersatu Federal Republic Jerman pada 30 Oktober 2007 disatu majlis yang diadakan kelmarin.

Ayahnda Yasin Affandy tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana kurang sihat dan menyampaikan ucap selamat tersebut melalui wakil beliau, Malai Hassan Othman, Pengerusi Jk Hubungan Antarabangsa dan keamanan.

Kedutaan Besar Jerman di Brunei telah mengadakan majlis sambutan Hari Jerman Bersatu di Empire Hotel and Countyry Club semalam.

Ayahnda Yasin Affandy dan Setiausaha Agung NDP, Awang Haji Aminorashid dan isteri telah dijemput ke majlis tersebut yang dihadiri oleh hampr 200 orang tetamu terdiri dari beberapa Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan kerajaan, wakil-wakil asing di Brunei dan ahli-ahli koporat yang lain.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri Kewangan ll dijemput untuk menjadi tetamu kehormat di majlis tersebut.

Kesudian Duta Besar Jerman menjemput NDP untuk hadir sama meraikan hari bersejarah negaranya mengambarkan pengiktirafan masyarakat antarabangsa kepada NDP sebagai sebuah parti politik dan pelantar suara rakyat Brunei yang berwibawa dalam memainkan peranan penting bernegara.

 

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.