"Masalah banjir bukannya perkara baru pernah berlaku d kawasan pendalaman ini akan tetapi tahun ini nampaknya yang paling teruk kami pernah alami", kata Awang Haji Mustapha.
"Sebahagian besar jalan-jalan raya utama yang menghubungi kawasan terjejas dengan jalan-jalan utama menuju ke sekolah-sekolah, ke Pekan Tutong dan ke kampong-kampong lain di daerah tersebut telah di tenggelami air dan memaksa pendudk menggunakan bot untuk keluar masuk ke kawasan terjejas", tambahnya.
Kemarin Jawatankuasa Kebajikan dan Kesejahteraan Insan
(KeKIn) NDP yang di pengerusikan oleh Dayang Hajjah Armah berjaya mengumpul derma bantuan yang dihulurkan oleh ahli-ahli NDP untuk diagih-agihkan kepada ahli-ahli NDP dan mereka yang sedang mengalami kepayahan hidup akibat banjir yang melanda di kawasan mereka.
Lebih 50 bungkusan derma bantuan berupa makanan keperluan seharian telah disampaikan kepada Awang Haji Hanafi Haji Mohd. Daud, Naib Presiden NDP Tutong. Penyerahan derma kilat tersebut belangsung di rumah Awang Haji Hanafi sambil disaksikan oleh beberapa orang ahli-ahli NDP Tutong, AJK KeKIn dan juga Awang Haji Aminorashid, Setiausaha Agong NDP.
Naib Presiden NDP Tutong semasa menerima derma bantuan tersebut mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas keperihatinan ahli-ahli NDP yang bermurah hati menghulurkan bantuan tersebut.
Katanya derma bantuan itu akan dihantar terus ke rumah-rumah ahli-ahli NDP dan mereka yang benar-benar memerlukannya.
|