NDP giat hasilkan mesin pembajak buatan Brunei
 
 

Usaha giat sedang dijalankan oleh Parti Pembangunan Bangsa (NDP) untuk menghasilkan jentera pembajak yang diharap akan dapat membantu pengusaha sawah ladang meningkatkan efisyensi mereka dalam penghasilan padi di negara ini.

NDP mengambil inisiatif ini sebagai salah satu kegiatan parti dalam semangat menjunjung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzdin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk melihat bidang pertanian di negara ini dapat dimajukan agar negara tidak terlalu bergantung kepada hasil pertanian dari luar negara.

Insya Allah dalam masa terdekat ini sebuah mesin jenis ‘protovat’ buatan Brunei akan dapat dihasilkan dengan bantuan pakar dari negara jiran. Buat masa ini lebih 90 peratus kerja-kerja membuat mesin ini sudah selesai dan dijadualkan minguu hadapan sudah boleh diuji keupayaannya

Mesin yang berukuran sederhana ini akan dilengkapkan dengan roda besi yang direkabentuk khas untuk kerja pembajakan dan akan menggunakan enjin berkeupayaan 12 horsepower.

Menurut spesifikasi reka bentuk asal, mesin ini berupaya menyiapkan kerja pembajakan dengan lebih cepat dan efisyen berbanding menggunakan cara tradisional. Penggunaan mesin ini dijamin boleh menjimatkan masa dan tenaga dan juga lebih kos efektif berbanding menggunakan cara tradisional yang memerlukan banyak tenaga manusia dan memakan masa yang agak panjang untuk menyiapkan sebidang sawah.

.

Harapan NDP agar dapat menghasilkan mesin ini sendiri untuk memudahkan pengusaha-pengusaha sawah ladang dan petani-petani untuk bepindah dari cara tradisional dalam keja penyediaan tanah kearah cara moden yang lebih efisyen dengan menggunakan jentera.

Matlamat utama ialah membantu  pengusaha meningkatkan hasil sawah ladang mereka yang mana juga akan menyumbang kepada usaha kerajaan untuk mengurangkan pergantungan negara kepada beras import dan seterusnya menyumbang kepada penjaminan keselamatan permakanan negara

Sementara itu usaha NDP untuk menghasilkan mesin pembajak ini juga telah membukakan peluang pekerjaan kepada belia-belia lepasan sekolah vokasional dan teknikal yang sedang menggangur.

Dalam usaha menghasilkan mesin pembajak ini 2 ahli NDP lepasan sekolah vokasional yang menggangur telah diambil berkerja untuk mempelajari teknik pembuatan mesin ini.

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.