LIMBARUH HIJAU 27 JUN 2007 - WALAUPUN musim kongres sudah berlalu namun rasa kepuasan masih jelas terpancar di wajah-wajah ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin NDP yang berpeluang ikut serta di Kongres Agong NDP kali ke-2 yang telah berlangsung di Dewan Utama Bangunan PGGMB pada 23 - 24 Jun baru ini.
Mereka rasa puas kerana selama menghirup udara kemerdekaan di bumi Brunei sejak 23 tahun yang lalu mereka buat pertama kalinya telah mendapat peluang membebaskan diri dari belenggu 'mental block' yang selama ini telah menekan mereka dari bebas berfikir dan bersuara.
 |
Sebanyak 5 ranting hanya berjaya menghantar perwakilan-perwakilan di Kongres ke-2 tersebut. Lebih 20 ranting-ranting yang sepatutnya menghantar perwakilan-perwakilan gagal berbuat demikian kerana permohonan mereka untuk di daftar masih dalam proses di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Walaupun begitu mereka tetap di berikan peluang untuk menghanar perwakilan-perwakilan mereka untuk hadir di kongres sebaga pemerhati penuh.
Dengan kebijaksanaan Pengerusi Tetap, Awang Abdul Rahman Yusuf, mereka juga di berikan peluang membahaskan usul-usul yang diajukan oleh perwakilan-perwakilan dari 5 ranting yang duduk dimeja perwakilan.
|
Menurut Awang Haji Matzin Saleh, Pengerusi Jawatankuasa Usul telah meneliti sebanyak lebih 56 usul-usul dari akarumbi untuk dibawa ke kongres tersebut. Lima usul-usu utama yang menyentuh isu-isu kemiskinan, perumahan , perkembangan politik, ekonomi dan sosial telah dibahaskan dan dipersetujui oleh kongres untuk dipanjangkan kepada pihak-pihak berkenaan, manakala 3 lagi usul besar yang menyentuh antara lain isu penempatan pasukan tentera negara sahabat di Brunei telah diterima untuk diteliti lebih lanjut.
Kongres telah bersetuju untuk tidak membahaskan isu-isu yang dianggap agak sensitif dan bersetuju agar satu jawatankuasa khas dibentuk untuk meneliti lebih mendalam lagi usul-usul tersebut sebelum ianya dipanjangkan kepada pihak-pihak berkenaan, jelas Awang Haji Matzin Saleh.
Beliau menambah langkah yang diambil oleh NDP dalam kogres tersebut menggambarkan kematangan cara berfikir dan bertindak perwakilan-perwakilan dan pemimpin-pemimpin NDP dalam
menyumbangkan buah fikiran dan melontarkan teguran-teguran kepada agensi-agensi kerajaan secara terbuka di kongres tersebut.
 |
Katanyaa walaupun kongres ke-2 tersebut merupakan pengalaman pertama bagi perwakilan-perwakilan dan pemerhati-pemerhati yang terdiri dari rakyat akarumbi mengamalkan demokrasi dalam berdebat dan dalam mencari persetujuan bersama, namun mereka yang terlbat berjaya mengamalkannya secara berhemah dan matang.
Lebih 1000 rang ahli-ahli NDP termasuk perwakilan-perwakilan dari edutaan-kedutaan asing dan pemimp[in-pemimpin badan-badan NGO serta pemerhati-pemerhati telah hadir di perasmian Kongres Agong ke-2 tersebut.
NDP dimusim kongres tahun ini telah mencipta sejarah baru dengan memperkenalkan alat-alat istiadat kongres seperti naskah Al-Quran, cokmar dan amar pesidangan. Alat-alat ini yang melambangkan kebenaran, kuasa dan keadilan akan digunakan lagi dimusim-musim kongres yang akan datang.
Harapan NDP untuk memertabatkan kongres sebagai pelantar rakyat akarumbi menyumbangkan buah fikiran dalam sama-sama menjunjung titah membangun bangsa telaksana dengan pengenalan alat-alat istiadat persidangan tersebut. |
Berlainan dengan persiangan-persidangan biasa, suasana persidangan tahunan NDP yang baru lalu ini
penuh dengan disiplin dan tata tertib hingga membolehkan Pengerusi Tetap persidangan mudah mengawal dan persidangan hingga ianya berjalan dengan licin dan lancar.