LIMBARUH HIJAU 12 FEBRUARI 2007: PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) mencatat satu sejarah gemilang dalam sejarah penubuhannya pada Sabtu lalu dengan kahadiran 5 ahli Parlimen Jerman di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong.
Dalam rencana awal mereka sepatutnya tiba di Limbaruh Hijau pada jam 3.30 petang. Akan tetapi di sebabkan pertukaran jadual yang mendadak yang terpaksa dibuat oleh pelawat-pelawat tersebut, mereka hanya tiba di Limbaruh Hijau hampir 5.30 petang dan mereka terpaksa pula bergegas-gegas kerana selepas lawatan itu mereka ada temu janji makan malam anjuran sebuah agensi kerajaan.
Walaupun mereka datang terlewat dan tidak mempunyai masa yang cukup panjang untuk bersama pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti seperti yang dijadualkan, NDP tetap berjaya memenuhi janjinya untuk melayani tetamu-tetamu negara yang penting itu dengan baiknya walaupun bukan yang terbaik.
Selaku rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kita berbangga kerana dapat memberikan sumbangan kepada Baginda Sultan dengan berusaha menjadi 'anak-anak' yang baik dan beradat walaupun ada 'anak-anak' yang rimas dengan politik, bertindak nakal dengan menahan kain-kain rentang yang ditempah khas dari Kuala Lumpur untuk digunakan bagi mengalu-alukan ketibaan tetamu kita ke Limbaruh Hijau. NDP terpaksa mengambi inisiatif untuk mencetak semula kain rentang lain di Brunei walaupun ia bererti menambah perbelanjaan.
|
Ahli Himpunan Wanita menyampaikan bunga telur sebaai mengau-alukan ketibaan tamu-tamu luar dari Jerman |
Alhamdullilah kain rentang yang mungkin dianggap sensitif dan barangkali ditakuti boleh menjadikan orang 'kesarungan', apabila digantung di halaman NDP tidak ada pun kejadian yang menakutkan terjadi. Keselamatan negara dan tetamu-etamu pun tidak terjejas, malahan tetamu-tetamu teruja dengan persiapan yang diusahakan untuk megalu-alukan kedatangan mereka itu.
 |
Ketibaan wakil-wakil penting dari Parlimen Jerman ini disambut dengan penuh tradisi oleh ahli-ahli NDP.
Ahli-ahli Himpunan Pemuda dan Wanita mengalu-alukan ketibaan mereka dengan pukulan hadrah dan mereka diberikan bunga telor sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki turun dari bas yang membawa romobongan ke Limbaruh Hijau.
Mereka disambut oleh Timbalan Pesiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman, Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, Setiausaha Agong NDP dan Malai Hassan Othman, Pengerusi JK Hubungan Antarabangsa dan Keamanan. Setelah itu mereka diarak masuk dengan diringi oleh dayang-dayang NDP yang membawa bunga manggar.
|
Seramai 20 ahli-ahli Himpunan Pemuda berbaris disepanjang jalan kecil meunju ke pintu masuk ke markas NDP untuk memberikan penghormatan kepada tetamu-tetamu luar tersebut.
Sambil mereka diperkenalkan kepada ahli-ahli Majlis Tertingi NDP yang dengan sabar telah menunggu ketibaan mereka yang tergendala selama lebih 2 jam, gulingtangan, alat muzik tradisi Brunei dimainkan, menambahkan lagi keunikkan suasana ketibaan tetamu-tetamu luar tersebut.
Mereke kemudain dibawa masuk ke bilek Presiden untuk diperkenakan kepada Ayahnda Presiden NDP, Yasin Affandy dan untuk menanda tangani buku pelawat sebelum dibawa beredar ke bilek Anjung Usahanawan, bilek mesyuarat NDP untuk sesi pejumpaan dan dialog bersama Presiden dan pemimpin-pemimpin NDP yang lain.
Sesi lawatan yang terpaksa dipendekkan itu berakhir dengan pengumuman kenyataan akhbar diluar kawasan Anjung Usahawan.
Walaupun mereka tidak berkesempatan untuk menikmati jamuan yang sudah disediakan dan melihat secara lebih dekat lagi pameran makanan tradisi, kraf tangan, dan pekembangan usaha pertanian ahli-ahli NDP, jelas mreka berpuas hati dengan layanan yang diberikan.
Bagi NDP pula kita bersyukur kerana telah dapat menyampaikan mesej penting kepada pelaku-pelaku politik dan penggubal-penggubal dasar luar Jerman bahawa selaku rakyat Brunei kita sebenarnya mempunyai 'peluang dan ruang' untuk berprtisipati secara aktif dalam proses membangun bangsa dan negara melalui pelantar politik.

Timbalan Presiden, sdra Morshidi membacakan ucapan Pesiden |

Setiausaha Agong, Awang Haji Aminorashid memberikan taklimat mengenai NDP |
Kita juga berjaya menyampaikan mesej bahawa kita selaku rakyat tidak rela melihat mana-mana pihak dari dalam atau dari luar, cuba-cuba memberikan tekanan atau campur tangan dalam usaha Baginda Sultan mengemudi proses pembaharuan politik di negara yang kita cintai ini.
Dengan jelas NDP menyuarakan sokongan padunya terhadap konsep berbangsa dan bernegara Melayu Islam Beraja dan harapannya melihat ideologi bernegara ini dikembangluaskan dan diperkukuhkan lagi agar boleh membawa negara terus maju dan mencapai kecemerlangan.
Dengan jelas NDP menyuarakan bahawa adalah menjadi hak Baginda Sultan untuk akhirnya menentukan hala tuju terbaik dalam proses pembaharuan politik ini dimana NDP akan memainkan peranan sebagai penyumbang idea dan buah fikiran dan bukannya dengan berperanan sebagai pendesak.