NDP bersedia untuk perbarisan Hari Kebangsaan

 
 
LIMBARUH HIJAU 16 DISEMBER 2007 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) bersedia menghantar satu pasukan lebih besar dari tahun-tahun yang sudah untuk bersama-sama ribuan peserta yang lain menjayakan upacara perbarisan Hari Kebangsaan Negara kali ke 24 pada tahun hadapan ini.


Perkara ini ditekankan oleh Pengiran Haji Shahminan Pengiran Haji Ismail, ahli Majlis Tertinggi NDP merangkap Ketua Biro Pengguna ketika mempengerusi mesyuarat pertama persediaan menghadap Hari Kebangsaan Negara kali ke 24 yang akan diadakan pada bulan Fenruari 2008 akan datang.

Menurut Pengiran Haji Shahmina buat kali pertama NDP telah diberikan penghormatan oleh Jawatankausa Tertinggi Upacara Perbarisan Hari Kebangsaan dengan megundang NDP secara rasmi untuk turut serta menjayakan tarikh penting yang bersejarah tersebut.

Seperti yang sudah-sudah, jelasnya NDP terpaksa memohon untuk ikut serta. Pada tahun hadapan ada kelainan sedikit. NDP telah menerima surat undangan secara rasmi untuk menjadi peserta di hari penting tersebut.

"Ini satu perkembangan dan petanda baik yang menggambarkan penerimaan menggalakkan dari pihak kerajaan dan masyarakat umum akan kewujudan NDP sebagai sebuah pertubuhan siasah rakyat yang berkaliber dan berwibawa", tambah Pengiran Haji Shahminan.

"Kita mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan atas kesediaan Jawatankuasa Tertinggi mengangkat darajat NDP ketahap yang sepatutnya".

"Sebagai menandakan penghargaan kita atas undangan rasmi JK Tertinggi Upacara Perbarisan Hari Kebangsaan, NDP bersedia menghantar pasukan yang lebih besar untuk memeriahkan lagi suasana di ucapacara peting itu", kata Pengiran Haji Shahminan sambil menyeru ahli-ahli jawatankausa NDP bagi Upacara Perbarisan yang telah dibentuk pada mesyuarat tersebut untuk memberikan kerjasama dalam persediaan NDP menghadapai tarikh penting itu.
 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.