Jawatankuasa usul tersebut telah mengadakan perjumpaannya pertama kemarin dimana ahli-ahli bertukar-tukar fikiran mengenai tatacara dan bentuk isu-isu yang relevan yang boleh dibuatkan usul untuk diangkat ke Kongres Agong nanti.
"Apa yang akan kita saksikan ialah penyampaian-penyampaian dan perdebatan mengenai usul-usul yang akan disampaikan oleh perwakilan-perwakilan dan juga usul-usul yang tidak akan dibahaskan. Kongres akan datang ini akan memberikan peluang kepada perwakilan-perwakilan menyuarakan hasrat dan pandangan ahli-ahli NDP akar umbi mengenai apa jua isu yang relevan dengan perkembangan dan permasalahan semasa pembangunan bangsa dan negara disekitar kawasan masing-masing dan secara meluas diperingkat negara yang difikirkan perlu diketengahkan kepada pihak-pihak tertentu dalam kerajaan", ujar Awang Haji Matzin.
Tambahnya Kogres Agong bolehlah dilihat sebagai pelantar bagi rakyat melalui NDP bersuara dan memberikan pandangan mereka. Inilah satu cara kita membantu dan menyokong hasrat KDYMM Baginda Sultan an Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam untuk melihat rakyat berpatisipati secara aktif dalam pembangunan bangsa dan negara.
'Dari itu kita perlu memastikan peluang ini dipergunakan dengan sebaiknya dan memastikan Kongres Agong benar-benar menjadi pelantar yang berwibawa dalam membawakan suara rakyat kepada KDYMM dan Kerajaan Baginda, kata Awang Haji Matzin lagi.
"Sehubungan dengan itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita sebagai ahli-ahli JK Usul memastikan usul-usul yang akan dibentangkan nanti bukan sahaja relevan akan tetapi jelas dan kukuh dengan fakta-fakta".
"Tugas kita sekarang ialah untuk membantu ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin akar umbi untuk mengenal pasti isu-isu semasa yang relevan untuk diangkat ke kongres nanti dan memastikan perwakilan-perwakilan yang akan membentangkan usul-usl tersebut bersedia dengan membuat penyelidikan secukupnya agar usul-usul tersebut menjadi usul-usl yang dapat di gunapakai bagi kebaikkan masa hadapan bangsa dan negara jua", tambanya.
"Setentunya kita tidak mahu melihat di kongres nanti perwakilan-perwailan menyampaikan usul-usul yang 'separuh masak' atau mengunakan kongres sebagai tempat mengritik kerajaan tanpa usul periksa. Kita tidak mahu NDP dan Kongres Agong akan menjadi momokan masyarakat", ujar Awang Haji Matzin.
Di sesi perjumpaan itu Awang Haji Matzin membentangkan beberapa tajuk yang katanya mungkin sesuai untuk diteliti dan dibuatkan usul. Antaranya ialah isu keselamatan permakanan, kemiskinan, pengganguran, pengagihan kemakmuran (distribution of wealth), kebudayaan keugamaan, pendidikan dan perkembangan perekonomian.
"Mungkin banyak lagi isu-isu lain yang relevan. Untruk itu kita perlu turun padang dan bermuzakarah dengan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin akar umbi untuk bertukar-tukar fikiran dan membantu mereka mengenal pasti isu-isu yang relevan yang boleh di angkat ke kongres nanti", tegasnya lagi.