LIMBARUH HIJAU 27 OGOS 2007 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) telah mengadakan majlis sambutan Israk Mikraj pada petang Selasa lalu dengan bersembahyang berjemaah fardhu maghrib dan ceramah agama di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP Jerudong.
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Fansuri Sharimi @ Mansur bin Mohamad Ali dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.
Majlis sambutan memperingati hari kebesaran Islam itu juga dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Hajir Marawis yang terdiri dari belia-belia darii Semananjung Malaysia yang mempersembahkan kesenian muzik Islam. |
|