|
|
| |
 |
|
| |
B - bersatu E- erat L-lagi A- aman I - insanya T- terbilang dan gemilang |
|
|
| |
BELAIT 29 OKTOBER 2007 - PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) kelmarin menyeru ahli-ahli parti serta masyarakat Belait umumnya agar terus memlihara nilai-nilai murni sifat dan gaya hidup orang Belait yang serba sederhana, terbuka dan harmoni dalam menjalani hidup bermasyarakat yang berbilang bangsa, ugama dan puak.
Ayahnda Yasin Affandy membuat seruan ini di Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri anjuan badan Perhubungan NDP Belait.
Majlis diadakan di perkaranagn rumah Awang Haji Yunus Hji Md Suhaili, Ketua Biro Agama NDP di Kampong Melayu Asli Kuala Belait. |
|
Lebih 200 orang ahli-ahl NDP menghadiri majlis yang penuh keriangan itu.
"Saya sangat mengamui gaya kehidupan orang Belait yang serba sederhana, tidak berkasta-kasta dan terbuka dalam kehidupan mereka bermasyarakat di daerah yang mempunyai penduduk berbilang bangsa, ugama dan puak ini. Inilah keunikkan masyarakat Belait dan ahli-ahli parti serta masarakat Belait pada umunya patut berbangga dengan keunggulan masyarakat mereka ini dan memastikan ianya akan terus hidup hingga ke akhir zaman", ujar Ayahnda Yasin Affandy sambil mengenang kembali zaman mudanya yang banyak dihabiskan hidup di Daerah Belait ketika berkera dengan Syarikat Minyak Shell (BSP).
|
 |
Katanya dengan sikap dan fikiran yang terbuka ini masyarakat Belait akan lebih mudah memahami, menerima dan menghayati idelaisma perjuangan membangun bangsa dan negara yang berlandaskan falasafah negara Melayu Islam Beraja.
"Perjuangan politik, contohnya bukanlah perkara baru bagi masyarakat Belait yang terawal sejak dulu lagi sudah terdedah kepada cara berfikir, tamadun dan budaya antarabagnsa", tambah Ayahnda Yasin Affandy lagi.
|
"Sehubungan itu saya berseru agar ahli-ahli NDp dan masyarakat Belait umumnya terus dapat mengekalkan budaya dan gaya hidup ini yang sudah terbokti berjaya membentuk masyarakat yang aman, harmoni dan maju".
"Huruf-huruf dalam ejaan BELAIT itu sendiri sudah mengambarkan keunikkan masyarakat ini", kata Ayahnda Yasin Affandy sambil menerangkan huruf B bermakna Bersatu, E - erat, L - lagi, A- aman, I - Insanya, T - Terbilang lagi gemilang.
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|