NDP Utus Ucapan Takziah Kepada Indonesia

 
 
Presiden dan seluruh anggota Parti Pembangunan Bangsa (NDP) hari ini merakamkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada rakyat dan kerajaan Indonesia di atas kejadian tsunami di negara itu pada petang Isnin baru ini.

Ayahnda Yasin Affandy dalam satu kenyataan berkata seluruh anggota NDP turut bersedih atas malapetaka yang menimpa negara Indonesia dan mendoakan agar rakyat Indonesia diberikan kesabaran dalam menghadapi kesedihan dan kesusahan yang sedang mereka hadapi.
FAKTA

340 orang maut

200 belum ditemui


Beliau juga meluahkan harapan agar kerajaan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dapat bersabar dan dapat mengambil langkah segera untuk mengelakkan lebih ramai lagi jiwa terkorban jika tsunami melanda semula.

Beliau juga berharap semua anggota-anggota dan juga penyokong NDP akan bersedia sekali lagi menghulur bantuan dan sumbangan kepada mangsa-mangsa tsunami sama seperti kepada mangsa gempa bumi Yogyakarta.

Menurut laporan agensi berita, tsunami melanda Pantai Pangandaran, selatan Pulau Jawa berikutan tiga gempa bumi yang kuat di dasar lautan Hindi pada jam 3.24 petang waktu tempatan.

Gempa bumi tersebut berukuran 7.2 pada skala Richter, kira-kira 240 kilometer ke barat laut Pulau Jawa, menyebabkan ombak besar setinggi lima meter, memusnahkan beratus-ratus rumah desa di pinggiran pantai tersebut.

Beribu-ribu penduduk dilaporkan bertempiaran lari ke kawasan lebih tinggi, memanjat pokok dan ada yang berlindung di dalam masjid. Sehingga kini, seramai lebih 300 terbunuh, dan lebih 200 masih dilaporkan hilang dan kejadian ini adalah kali kedua selepas tragedi pada 26 Disember 2004.

Indonesian tsunami death toll nears 400
Industri seks terus lenyap

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.