NDP Rayu Agar Konflik Timur Tengah Di Redakan Segera

 
 


Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sangat berasa risau dan gerun dengan pergolakkan yang sedang berlaku di Timur Tengah berikutan meletusnya konflik bedarah antara kumpulan Hizbollah dan Israel dan juga serangan berterusan tentera Israel keatas kumpulan Hamas di Gaza.

NDP melihat pergolakan ini dengan rasa bimbang kerana ianya boleh menjadi satu konflik yang lebih besar yang akan menheret negara-negara sekutu Islam seperti Iran dan Syria ke medan perjuangan untuk membela nasib umat Islam di Lebanon dan di Gaza.

NDP juga berasa sangat sedih kerana konflik yang berterusan bukan sahaja telah mematikan proses damai di Timur Tengah malahan telah banyak mengorbankan nyawa yang tidak berdosa dan kemusnahan harta benda.

NDP juga khuatir konflik yang berterusan itu berpotensi untuk menjadi satu konflik yang lebih besar dan meluas yang boleh sahaja mengheret seluruh masyarakat dunia kekancah penderitaan yang tidak berkesudahan.

Selaku parti politik yang terbesar di Negara Brunei Darussalam dan mewakili rakyat Brunei yang cintakan kedamaian dan keamanan sejagat, NDP dengan ini merayu kepada pihak-pihak berkuasa dunia seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Liga Arab, OIC dan lain-lain nya untuk mengambil tindakan segera untuk meredakan keadaan yang gawat di Timur Tengah pada ketika ini.

NDP juga merayu agar semua pemimpin-pemimpin ugama besar di dunia yang cintakan kedamaian dan keamanan akan tidak mendiamkan diri melihat pertumpahan darah dan kemusnahan harta benda yang berterusan berlaku di Timur Tengah. NDP menaruh harapan mereka akan selaku pemimpin-pemimpin yang berpengaruh yang cintakan kedamaian dan keamanan akan mara keahadapan atas dasar kemanusiaan tanpa mengira bangsa dan agama untuk memainkan peranan masing-masing dalam membantu meredakan keadaan yang semakin gawat di Timur Tengah sekarang.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.