Limbaruh Hijau Ogos 15, 2006: Ahli-ahli jawatankuasa sambutan perayaan hari ulang tahun penubuhan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kali ke 1 bermesyuarat kemarin untuk membincangkan acara-acara dan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan untuk memperingati hari yang penting itu.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Agong Parti, Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali. Ayahnda Yasin Affandi, Presiden NDP juga turut hadir selaku pemerhati.
Mesyuarat juga dihadiri oleh naib-naib presiden dan ketua-ketua biro.
NDP diluluskan pendaftarannya oleh Pendafar Pertubuhan (ROS) sebagai sebuah parti politk yang sah pada 31 Ogos 2005.
Pada penghujung bulan April lalu, NDP telah berjaya mengadakan Kongres pertamanya
|
Limbaruh Hijau Ogos 15, 2006: Wakil-wakil dari Persatuan Belia Lambak (PEMBEKAL) pagi tadi berkunjung ke markas Parti Pembangunan Bangsa (NDP) untuk membuat perjumpaan dengan Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP.
Wakil-wakil PEMBEKAL terdiri dari Dayang Seriana HM Yusof, Timbalan Yang Di-Pertua PEMBEKAL dan Dayang Manah Abd Ghani.
Diperjumpaan itu mereka menyampaikan cendera hati kepada Ayahnda Presiden sebagai penghargaan PEMBEKAL kepada NDP yang telah menaja pemain-pemain bulu tangkis dipertanding persatun baru-baru ini.
Juga hadir ialah Awang Zahrin Taweh, Tiimbalan Ketua Himpunan Pemuda dan Ak Roslan, Ketua Pemuda NDP Tutong.
|
|